Maserati terima anugerah Product Design of the Year (2021)

1272

Baru-baru, Maserati dinobatkan sebagai Product Design of the Year (2021) pada anugerah berprestij GQ Car Awards (2021) di London.

Selain itu, Maserati turut dianugerahkan sebagai pemenang rekaan teratas. Untuk pengetahuan, European Product Design Award merupakan pertandingan untuk mengiktiraf produk paling inovatif, menarik dan mempunyai nilai estetika tinggi di peringkat antarabangsa.

“Misi utama Maserati adalah untuk membuat rekaan kereta yang kekal relevan pada masa depan yang dilancarkan sempena era baharu Maserati dan misi itu berjaya dengan MC20,” kata pereka Maserati, Klaus Busse.



MC20 membuka era baharu Maserati dan mengembalikan jenama ini ke segmen kereta super sport itali yang dilengkapi dengan teknologi terkini menjadikan MC20 tampil lebih berkarisma serta ada kelas tersendiri.

Ia tampil hebat dengan jiwa sporty, dilengkapi dengan enjin Nettuno 630hp V6 baharu yang menghasilkan pecutan 0-100kmj dalam masa bawah 2.9 saat dengan kelajuan tertinggi lebih 325kmj.

Enjin yang dibangunkan oleh Maserati menggunakan teknologi pre-chamber dari enjin Formula 1 dan MC20 adalah seratus peratus hasil keluaran Itali.

Pada masa sama, Maserati berbesar hati menerima pengiktirafan ini yang menghargai usaha dan kerja keras seluruh pasukan yang menumpukan seluruh tenaga dalam melaksanakan projek unik ini.

BACA>>Maserati perkenalkan hibrid pertamanya, Ghibli Hybrid

BACA>>Maserati MC20 dinobatkan sebagai ‘Best of the Best’ di Red Dot Awards 2021

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here