16 stereng unik dan pelik pernah dikeluarkan pengilang

2248

Stereng merupakan komponen penting yang berfungsi menggerakkan dan mengawal kenderaan bergerak lurus, mengundur mahupun membelok.

Bahkan stereng juga komponen pertama yang akan dilihat pemandu sebaik duduk. Kerana itulah ada sebahagian pengeluar mementingkan nilai estetika komponen tersebut agar selesa dipegang dan cantik dipandang. 

Berikut 16 jenis stereng unik pernah dihasilkan oleh pengeluar:



Pagani Huayra

Stereng hypercar Huayra agak rendah namun tampil elegan dengan kemasan hitam. Pekerja memerlukan masa 100 jam bagi memasang butang kawalan pada stereng sementara bahagian beg udara pula lebih lebar dan rata, ideal dengan penampilan stereng.

Aston Martin One-77

Stereng One-77 agak pelik kerana reka bentuknya yang bujur sementara bahagian atas dan bawah lebih rata. Walaupun kelihatan ringkas, kemasan logam membuatkan ia kelihatan mahal. 

Caterham Seven SuperSprint

Seven SuperSprint merupakan vintaj edisi terhad diinspirasikan Caterham yang habis terjual dalam masa tujuh jam. Masa kini jarang sekali pengeluar memilih kemasan kayu penuh pada bahagian stereng. Kerana keunikan sentuhan klasik tersebut menjadikan kereta tersebut mendapat permintaan tinggi.

De Tomaso P72

Sejak kebelakangan ini P72 menjadi salah satu kereta baharu paling diminati ramai. Menggunakan enjin V12 gabungan transmisi manual dengan penampilan menarik melengkapkan pakej kereta impian pengguna. 

Bentuk stereng yang unik dengan kemasan hitam dan coklat bersama material logam dan padanan barisan meter bulat klasik di depannya  menyerlahkan aura mewah dan elegan.

Mercedes-AMG One

Stereng AMG One acah kereta lumba Formula 1 membuatkan anda seolah memandu di litar tambahan bahagian janakuasa turut menggunakan enjin F1.

Lotus Evija

Seperti AMG One, Lotus Evija menggunakan roda stereng berbentuk segi empat tepat yang diinspirasikan daripada Formula 1. Ia kelihatan sangat hebat dan sesuai dengan reka bentuk dalamannya.

Eunos Cosmo

Sekali pandang, stereng Eunos Cosmo agak pelik tanpa jejari di bahagian kiri dan kanan.  Bagaimanapun rekaan berkenaan memberikan ruang lapang tanpa halangan untuk pemandu melihat kluster instrumen di depan. Manakala susunan butang kawalan di sisi logo stereng membuatkan ia unik. 

McLaren 570S

Stereng McLaren 570S agak ringkas tanpa butang kawalan yang banyak memudahkan fokus pemanduan ke jalan raya.

Spyker C8

Roda stereng empat jejari pada Spyker C8 dikatakan hasil inspirasi bentuk kipas kapal terbang vintaj. Ia mungkin unik dan berbeza namun tidak dapat dipastikan ciri keselamatan sekiranya kemalangan. 

Ferrari F40

Rekaan stereng dan kabin F40 sangat ringkas dan sederhana. Roda stereng besar dan ‘kosong’ itu hasil rekaan Momo.

BMW Z8

Stereng Z8 mempunyai empat jejari pada setiap palang yang kemudian dipadankan dengan penampilan vintaj kabin.

Subaru XT

Subaru XT bukan hanya kelihatan pelik di bahagian luar tetapi juga kabin. Terutamanya pada reka bentuk stereng simetri acah pistol dan segi empat persegi di tengah.

Pagani Zonda R

Semua stereng Pagani menarik, tetapi unit Zonda R antara yang paling unik. Ia mempunyai meter rpm di tengah dan bukannya pada kluster meter digital.

Aston Martin Lagonda

Jika anda melihat papan pemukanya sudah cukup aneh, bentuk stereng Lagonda dengan palang besar seperti perehat tangan di bahagian bawah melengkapkan penampilan unik kabin tersebut. Rekaan itu bertujuan membolehkan pengguna melihat kluster meter tanpa halangan.

BMW M 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, BMW menggunakan stereng reka bentuk M yang sama di semua kereta prestasinya. Ia adalah gabungan yang sempurna dengan gaya, keselesaan, dan fungsi moden.

Ferrari 

Sejak kemunculan pertama Enzo, Ferrari  menggunakan susunan roda yang merangkumi ciri tuil ke dalam butang steteng, termasuk lampu depan, pengelap cermin, dan lampu signal. Pemilik juga boleh memilih lampu latar lampu pelbagai warna. 

BACA>>Pengunci stereng kereta guna cap jari untuk lebih keselamatan

BACA>>#Tips: Stereng kuasa rasa berat, cuba periksa 3 komponen ini

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here