Vespa Sprint S (2020) kini dengan skrin TFT digital penuh, harga RM19k

1555

Didi Resources, pengedar rasmi Vespa di Malaysia memperkenalkan Vespa Sprint S baharu dengan ciri papan pemuka TFT digital penuh. 

 

Vespa Sprint S didatangkan dengan dua pilihan warna badan gangsa dan hitam. Setiap warna didatangkan dengan kemasan warna kontra bagi menyerlahkan imej dinamik.



Misalnya warna badan hitam dipadankan dengan kemasan gangsa pada bahagian bingkai fairing sisi, bingkai cermin depan dan rim serta sebaliknya bagi warna badan gangsa. Pilihan warna perak pada perumah cermin sisi meningkatkan penampilan elegan. 

Kemudian, bahagian pelana kini menampilkan rekaan berlian. Skrin TFT memiliki  ketersambungan bluetooth yang boleh disambung ke telefon pintar menerusi Vespa MIA.  

Menerusi aplikasi itu pengguna boleh mengetahui maklumat kenderaan menerusi telefon pintar. Vespa Sprint S dijual pada harga RM19,900 seunit. 

Vespa Sprint S (2021) dilengkapi dengan enjin 154.8cc i-Get silinder tunggal, 4-lejang yang menghasilkan kuasa 12.7hp @ 7750 rpm dan tork 12.8 Nm @ 6,500 rpm. 

 
GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here