Ducati Multistrada V4 dan V4S kini di pusat jualan, harga mula RM136k

1325

Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia rasmi memperkenalkan Multistrada V4 (2021) ke pasaran tempatan. 

Pasaran tempatan menerima dua pilihan varian iaitu V4 dan V4S yang dibezakan dengan tawaran ciri peralatan dan warna badan.



Warna tunggal Ducati Red ditawarkan pada model 4S, manakala V4S menerima warna badan  Ducati Red dan Aviator Grey.

V4 dan V4S dilengkapi enjin V4 Granturismo empat injap yang kompak dan ringan seberat 66.7kg.  Enjin berkapasiti 1,158cc itu mampu menjana kuasa 170hp dan tork 125Nm.

Ducati Multistrada V4S dilengkapi ciri-ciri yang lebih lengkap berbanding Multistrada V4, antaranya suspensi elektronik skyshock, brek depan Brembo Stylema M50, Ducati Quick Shift, skrin TFT 6.5 inci, sistem lampu LED dengan lampu selekoh dan mod tunggangan pelbagai.

Mod tunggangan Sport (varian S sahaja), Touring, Urban dan Enduro boleh dipilih mengikut kesesuaian permukaan jalan. Ia juga dilengkapi dengan Sistem Multimedia Ducati dan Sistem Navigasi.

Ciri standard bagi kedua-dua varian antaranya Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh, kawalan cengkaman selekoh dan kawalan wheelie serta tangki bahan api bersaiz 22 liter.

Jentera V4 dan V4S juga dilengkapi ruang simpanan telefon pintar pada bahagian tangki, visor angin boleh laras serta roda depan bersaiz 19 inci dan 17 inci (belakang). 

Untuk pasaran Malaysia, Multistrada V4 dijual pada harga RM136,865 manakala Multistrada V4S pula berharga RM147,865. Ia datang dengan jaminan dua tahun pengeluar tanpa had perbatuan. 

BACA>>Suzuki Malaysia bakal lancar motor sesaran kecil awal suku 2022 termasuk Belang

BACA>>Motor terberat dunia Panzer guna enjin kereta kebal Soviet Union T-55

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here