Suami isteri beli kereta curi saman cuai pusat jualan kereta terpakai online dan bank

8052

Sepasang suami isteri memfailkan saman kecuaian terhadap wakil jualan kenderaan terpakai dalam talian dan bank kerana menjual kereta curi.

Susulan kejadian itu, Mohd Zulikram Shamsidi dan isteri Nor Saidatul Wanida Mohd Hazani yang menjadi penjamin terpaksa menanggung kerugian dan trauma. 

Gambar hiasan

Saman yang difailkan dua bulan lalu itu menamakan Carsome Sdn Bhd dan Maybank Islamic Bhd sebagai defendan dengan tuntutan ganti rugi RM100,000 daripada pihak Carsome dan RM123,647.86 daripada pihak bank. 



Pasangan berkenaan juga menuntut pembatalan perjanjian sewa beli dengan pihak Maybank dan meminta mengembalikan semula wang tempahan, deposit dan bayaran ansuran selama dua bulan. 

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan Tetuan Messrs Sugu K & Partners, Zulikram menyatakan dia melihat kereta tersebut menerusi laman web Carsome dan membeli kereta berkenaan pada harga RM103,697.81 pada bulan November tahun lalu. 

Pada 12 Februari, Zulikram menerima panggilan daripada polis yang memaklumkan kereta tersebut kemungkinan adalah kenderaan curi.

Gambar hiasan

Dua hari kemudian pihak polis menyita kenderaan tersebut untuk ujian casis oleh Jabatan Kimia dan mengesahkan casis sudah berubah.  

Pada 18 Februari, Zulikram menerima surat daripada firma polisi insurans yang menjelaskan bahawa pemilik sebelumnya telah mengemukakan tuntutan kerugian total lost pada 2018.

Zulikram berkata, Carsome cuai dalam memastikan status kenderaan sebelum memuatnaik iklan dalam talian.  

Carsome, dalam pembelaannya menjelaskan mereka bergantung kepada laporan Puspakom yang menyatakan casis tidak berubah dan semuanya berjalan lancar sebelum dijual kepada plaintif. 

Maybank Islamic mengemukakan pembelaan tidak mengetahui casis telah diubah dan bukan pihak yang terlibat dalam kegiatan haram serta mendakwa oleh kerana ia adalah kereta terpakai, jaminan tertakluk  di bawah Seksyen 7 (1) Akta Sewa Beli yang tiada kaitan dengan pihak bank. 

Habizan Rahman yang mewakili pasangan itu mengatakan kes akan disebut semula pada  2 November.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here