Maserati perkenalkan hibrid pertamanya, Ghibli Hybrid

1278

Maserati kini akan memperkenalkan kereta hibrid pertama mereka iaitu Ghibli Hybrid. Kereta ini merupakan salah satu projek besar untuk Maserati, selain enjin baru yang diperkenalkan untuk Maserati MC20.

Ghibli Hybrid

Pilihan untuk memperkenalkan teknologi hibrid pada model Ghibli bukanlah satu kebetulan. Ini kerana, model yang sudah dihasilkan melebihi 100,000 unit sejak diperkenalkan pada tahun 2013 ini merupakan prospek yang sempurna untuk disertakan dengan sistem hibrid tersebut.



Menurut Maserati, pengenalan Ghibli Hybrid mampu memperluaskan rangkaian Maserati di seluruh dunia, yang kini lebih kompetitif dan responsif terhadap permintaan pasaran.

Reka bentuk

Reka bentuk Ghibli Hybrid pada bahagian luar disertakan dengan ciri warna biru pada tiga saluran ruang pengambilan udara dan kaliper brek.

Ghibli Hybrid

Ruangan dalam juga dihiasi dengan ciri-ciri warna biru, khususnya pada jahitan bersulam di tempat duduk. Kereta ini juga disertakan dengan penggayaan yang baru, bermula dari grill hadapan, logo yang direka semula dan juga sistem audio dinaik taraf.

Terdapat beberapa perubahan pada bahagian belakang kereta ini, dimana sistem pencahayaannya telah disusun semula sepenuhnya.

Sistem hibrid ringan

Maserati memilih sistem hibrid untuk disertakan pada model ini. Ia bertujuan untuk meningkatkan prestasi, di samping mengurangkan penggunaan bahan bakar dan mengurangkan pelepasan emisi.

Ghibli Hybrid

Ghibli Hybrid disertakan dengan enjin pembakaran dalaman (4-silinder, turbo, 2.0-liter) dengan alternator 48volt, tambahan supercharger elektrik (e-Booster) dan disokong oleh bateri.

Enjin itu mampu menghasilkan sehingga 330hp dan 450Nm tork. Ia juga dikatakan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.7 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 255km/j.

Teknologi Terkini

Ghibli Hybrid juga disertakan dengan sistem Maserati Connect yang baru, dimana sistem ini membolehkan pemandu dihubungkan secara berterusan dengan kereta. Pertukaran maklumat juga dilakukan secara berterusan ketika kereta digunakan, untuk meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemandu. 

Ghibli Hybrid

Sambil mengemas kini persisan, sistem ini juga akan bertindak untuk memantau perkhidmatan keselamatan dalam keadaan kecemasan.

Selain itu, Ghibli Hybrid juga menyediakan Maserati Intelligent Assistant, yang merupakan sistem multimedia generasi terkini. Sistem ini berdasarkan input digital dari Android Automotive, perisian yang menyediakan pengalaman pengguna yang disesuaikan sepenuhnya untuk pilihan peribadi pemandu.

Layar HD untuk sistem multimedia juga disediakan dengan grafik baru, dengan saiz yang lebih besar iaitu 10”1. Panel instrumen dengan peranti digital dan grafik baru juga diperkenalkan.

 

Ghibli Hybrid ini mewakili langkah pertama rancangan Maserati, yang akan membawa kepada sistem elektrik kepad semua modelnya. Kereta elektrik pertama Maserati ialah GranTurismo dan GranCabrio, yang dijadualkan akan diperkenalkan pada tahun 2021.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here