Honda Jazz dan Civic Coupe ucap selamat tinggal di Amerika Syarikat

3150

Pada tahun lepas, Honda Jazz baru telah diperkenalkan dengan reka bentuk lebih menarik dan rangkaian kuasa hibrid, yang satu daripada pilihan enjin mereka

Honda Jazz Civic Coupe

Bagaimanapun, di Amerika Syarikat, Honda Jazz tidak disertakan dengan reka bentuk model tahun 2020, menjadikan masa depan hatchback ini semakin pudar di pasaran negara tersebut.



Honda secara rasmi telah mengumumkan bahawa Jazz tidak lagi akan dijual di pasaran Amerika Syarikat selepas model tahun 2020. Ini bermakna, crossover HR-V akan menjadi model entry-level bagi syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun tersebut di Amerika Syarikat.

Selain itu, Honda turut berkata dengan menghentikan pengeluaran Jazz, mereka akan memberi fokus kepada model utama, yang menarik minat pengguna di Amerika Syarikat.

Selain Jazz, Honda juga akan menghentikan pengeluaran Civic Coupe dan versi manual Honda Accord di pasaran Amerika Syarikat. Honda Accord kini hanya ditawarkan dengan CVT atau transmisi automatik 10-kelajuan bergantung kepada enjin.

Honda Jazz Civic Coupe

Permintaan untuk model coupe dua pintu dan transmisi manual di Amerika Syarikat menurun dengan ketara. Jadi, tidak hairan jika pasaran untuk Civic Coupe dan versi manual Honda Accord dihentikan.

Versi coupe hanya merangkumi sebanyak enam peratus dari jumlah jualan secara keseluruhan Honda Civic di Amerika Syarikat.

“Transmisi manual hanya mewakili satu hingga dua peratus dari jumlah jualan selema beberapa tahun terkahir. Ini menggambarkan permintaan pelanggan untuk transmisi automatik lebih tinggi.” 

“Transmisi manual tetap akan menjadi bahagian penting dalam barisan pengeluaran Honda, yang kini tersedia kepada model Civic Sedan, Hatchback dan Type-R,” kata Honda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here