
Atlantis Automobili Sdn Bhd, syarikat bersekutu Atlantis Motor Group secara rasmi dilantik sebagai pengimport dan pengedar tunggal jenama Maserati di Malaysia berkuat kuasa 19 Mei 2026.
Pelantikan ini menandakan babak baharu bagi jenama kenderaan mewah ikonik dari Itali itu di pasaran tempatan, sekali gus memperkukuh komitmen Maserati untuk memberikan pengalaman dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan di Malaysia.

Dengan pelantikan ini, Atlantis Automobili akan mengendalikan sepenuhnya operasi Maserati di negara ini. Skop tanggungjawab merangkumi:
- Jualan kenderaan baharu
- Perkhidmatan lepas jualan
- Pengalaman pelanggan
- Pembangunan jenama
- Operasi rangkaian pengedar
Menurut Atlantis Automobili, proses peralihan dirancang rapi bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan tanpa gangguan.
Keutamaan diberikan kepada pemilik Maserati sedia ada bagi memastikan mereka terus menerima sokongan dan jaminan keselesaan.
Pengarah Eksekutif Atlantis Automobili Sdn Bhd, Datul Douglas Cheng Heng Lee berkata, keutamaan syarikat adalah memastikan pengalaman pemilikan lancar untuk semua pelanggan.
“Memulakan babak baharu Maserati di Malaysia, komitmen utama kami adalah terhadap pelanggan dan pemilik kenderaan jenama ini.
“Maserati adalah jenama yang dibina atas warisan, pertukangan berprestij dan keghairahan.
“Fokus serta-merta kami adalah untuk memastikan pengalaman pemilikan yang lancar di samping memperkukuh asas jenama ini untuk jangka panjang,” ujarnya.

Ketua Maserati Asia Pasifik, Julie Taieb-Doutriaux menjelaskan, pelantikan Atlantis Automobili mengukuhkan lagi kehadiran serta komitmen jangka panjang Maserati di rantau Asia Pasifik.
Sebagai sebahagian daripada Atlantis Motor Group yang mempunyai pengalaman luas dalam industri automotif serantau, Atlantis Automobili merancang beberapa inisiatif strategik dalam masa terdekat.
Antaranya termasuk penambahbaikan kemudahan pusat jualan dan servis, pengenalan portfolio produk baharu Maserati, serta inisiatif khas untuk pelanggan bagi memperkukuh ekosistem jenama di Malaysia.
Sementara menunggu pembukaan fasiliti tetap baharu, pelanggan dan pemilik Maserati boleh menghubungi Atlantis Automobili melalui saluran berikut:
- Talian Khidmat Pelanggan : +603 2110 2660
- E-mel : contact@atlantismotor.com.my
- Laman Web Rasmi : http://maserati.com/my/

Pusat Jualan dan Perkhidmatan Sementara :
- RS-G-02, Rhapsody Square, TREC 438, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Pusat Perkhidmatan Lepas Jualan Sementara :
- No. 30, Jalan Pengacara U1/48, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
Dengan kepimpinan baharu ini, Maserati dijangka memperkukuh kedudukannya dalam segmen kenderaan mewah berprestasi tinggi di Malaysia.
































