‘Kapal hantu’ WWII muncul di daratan selepas letusan gunung berapi Suribachi

2424

Lingkaran Api Lautan Pasifik merupakan salah satu kawasan yang tidak stabil secara seismik di dunia. Dikelilingi dengan gunung berapi dan 81 peratus daripada gempa bumi terbesar berlaku di sepanjang Lingkaran Api ini.

Kerana itulah kawasan berkenaan digelar sebagai plat gempa Pasifik dan kejadian gempa bumi menyebabkan kemunculan beberapa pulau baharu. Ada antaranya akan lenyap dan ada juga pulau baharu yang kekal dan terus tumbuh tinggi. 



Salah satunya adalah Iwo Jima yang menjadi lokasi pertempuran sengit antara tentera Amerika Syarikat dan Jepun pada 1945. Walaupun Perang Dunia ke II itu sudah lama berlalu namun plat tektonik tidak berhenti masih terus aktif. 

Baru-baru ini, dasar laut mulai naik akibat aktiviti seismik dari salah satu gunung berapi paling berbahaya di Jepun, Gunung Suribachi, khususnya di bahagian barat pulau.

BACA>>China bakal bina kapal angkasa gergasi sepanjang 1,600 meter

Akibatnya, kapal-kapal yang tenggelam ketika Perang Dunia ke II muncul di pesisiran pantai pasir hitam berkenaan.

Laporan berita wartawan Jepun yang membuat liputan dari udara menunjukkan beberapa potongan bangkai kapal perang yang rosak dan berkarat. Menerusi foto satelit juga anda boleh melihat kerangka kapal yang bergelimpangan.

Tentera Amerika Syarikat di pelabuhan Iwo Jima pada 1945.

Kapal perang tersebut menjadi rebutan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di penghujung perang. Kapal itu dirampas oleh AS lalu dipindahkan ke bahagian barat Iwo Jima untuk membentuk pelabuhan buatan. 

Sebelum itu, tentera Jepun menggunakan kapal berkenaan sebagai pemecah ombak, dan melindungi kapal lain yang membawa tentera dan bekalan bahan perang. 

BACA>>Kapal gergasi Earth 300 misi selamatkan bumi daripada pemanasan global

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here