Amukkan lelaki sakit mental, 13 cermin kereta awam pecah

1345

Seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan mental, mengamuk dan memecahkan cermin kenderaan orang awam di kawasan parkir depan sebuah bank di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi, lelaki tersebut menggunakan sebatang besi sepanjang 1.2 meter lalu memecahkan 13 cermin kenderaan.



Suspek berusia 39 tahun tersebut ditahan sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) setelah menerima maklumat dan hasil siasatan mendapati suspek merupakan penduduk tempatan yang menganggur dan belum berkahwin.

BACA>>Lelaki solat tengah jalan rupanya pesakit psikiatri lari dari wad

“Kejadian pertama disaksikan sendiri pemilik kenderaan yang memegang besi tersebut sebelum memecahkan cermin depan kenderaannya.

“Suspek kemudiannya mengulangi perbuatan dengan memecahkan 12 lagi cermin kenderaan lain di lokasi tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh.

Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai mengalami tekanan emosi dan pernah dirawat sebagai pesakit mental. Selain itu suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan narkotik namun ujian air kencing mendapati dia negatif daripada sebarang jenis dadah.

Pihak polis menerima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian daripada kejadian tersebut, dan kes akan disiasat mengikit Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

BACA>>[Video] Gara-gara status FB, seorang lelaki pecahkan cermin dan bakar Proton Waja

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here