Harga bahan bakar terlalu tinggi di Lubnan, penduduk tidak mampu beli petrol

834

Krisis politik Lubnan seolah tiada kesudahan sehinggakan mata wang mereka sudah tiada nilai dan situasi hyperinflasi menyebabkan harga barangan meningkat termasuklah bahan bakar. 

Keadaan itu menyebabkan rakyat tidak mampu untuk membeli petrol selain deretan panjang di stesen-stesen minyak menjadi situasi yang tidak mampu dibendung.



Difahamkan harga 20 liter minyak petrol kini bernilai kira-kira satu per tiga daripada gaji minimum penduduk Lebanon yang mana hampir 80 peratus populasi negara itu berada di bawah garis kemiskinan.

BACA>>Kekurangan tenaga kerja pemandu, menyebabkan krisis bekalan minyak di UK

Kerana itulah kenderaan-kenderaan seperti tuk-tuk, basikal, bas dan aktiviti berkongsi kereta menjadi semakin popular di negara itu selain orang awam memilih pengangkutan awam.

Kadar import kereta di Lebanon juga dilaporkan merosot 70 peratus bagi tempoh dua tahun lepas, malah ketiadaan sistem pengangkutan awam juga menjejaskan aktiviti harian penduduk di Lubnan.

Kejatuhan dalam rizab mata wang asing, memaksa pihak berkuasa Lebanon untuk menaikkan harga minyak kira-kira 25 peratus,  sekali gus menyebabkan harga melonjak iaitu 20 liter petrol 98 dijual pada harga kira-kira AS15 (RM62.37).

BACA>>Gadis temui pam minyak tradisional di Dabong, Kelantan, sesuatu yang zaman ini

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here