Utama Berita Automotif Berita Tempatan Gadis temui pam minyak tradisional di Dabong, Kelantan, sesuatu yang ‘rare’ zaman...

Gadis temui pam minyak tradisional di Dabong, Kelantan, sesuatu yang ‘rare’ zaman ini

4397
Menerusi satu perkongsian seorang gadis di TikTok, ada sebuah pam minyak  tradisional di Kelantan yang masih beroperasi di zaman millenium dan  kini ia  sesuatu yang sukar ‘rare’.
 
 
Stesen minyak kecil itu terletak di Dabong yang menggunakan pam minyak tradisional untuk mengisi petrol kenderaan bahkan menjadi nadi untuk membolehkan penduduk di Dabong bergerak.
 
Gadis tersebut yang berkongsi pengalamannya semasa perjalanan menuju ke Gunung Stong, mengaku agak terkejut kerana itu kali pertama dia melihat proses mengisi minyak secara manual sepanjang hidupnya.
 
Stesen minyak yang beroperasi dalam sebuah kedai kayu dan dibuka dari pagi hingga jam 10 malam itu menggunakan balang penyedut untuk proses mengisi petrol yang menggunakan paip getah.
 
 
Pam berkenaan menyedut petrol dari tong menyimpan petroleum sebelum dialirkan ke dalam pam  seterus melalui paip getah sebelum sampai ke tangki kenderaan.
 
Hasil carian Motoqar, mendapati pengusaha pam minyak tradisional tersebut mewarisi dari orang tuanya yang telah beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu, dan merupakan nadi penggerak kenderaan di pekan tersebut kerana tiada stesen minyak beroperasi di pekan Dabong.
 
Lebih 15,000 penduduk di Dabong, memerlukan stesen minyak tersebut untuk meneruskan aktiviti harian mereka.
 
 
 
 
@anisna98

Stesen minyak manual😆 #fyp

♬ Soap – Melanie_Martinez

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here