Denda hingga RM5,000 atau penjara 12 bulan, kayuh basikal di lebuh raya

1426

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal di jalan raya menjadi satu trend masyarakat Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai reaksi yang mana antaranya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, aktiviti kayuhan basikal terutamanya di lebuh raya tanpa kebenaran pihak polis dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)  boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.



Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

Selain itu, penunggang yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 42 yang membawa hukuman sama jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.

Sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal, sejak Januari hingga September tahun ini, dengan 71 kes kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan.

Penunggang basikal dinasihatkan supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang, hal ini penting supaya penunggang basikal tidak mengundang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain apabila melakukan aktiviti kayuhan tersebut.

BACA>>[Video] Kayuh basikal tengah lebuh raya waktu puncak undang marah netizen

BACA>>Kayuh basikal di lorong kanan, makin dilayan makin menjadi

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here