[Video] Kayuh basikal tengah lebuh raya waktu puncak undang marah netizen

2301

Acap kali pihak polis mengeluarkan amaran agar penunggang basikal mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas jalan raya demi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Sebelum ini, beberapa kes kematian direkodkan melibatkan penunggang basikal dan terbaru seorang penunggang basikal wanita.



Justeru itu, sangat penting bagi mereka  melakukan aktiviti berbasikal pada waktu dan tempat yang sesuai bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, masih ada yang tidak belajar daripada insiden yang dilaporkan akhbar sebelum ini.

Terbaru, aksi tiga penunggang basikal yang dikongsi pengguna akaun Twitter @Radevengers dengan kapsyen “Terpaling basikal. Time peak hour orang nak pergi kerja kot. Ko agak2 la,” mengundang marah warga maya.

 

Video pendek itu menunjukkan mereka mengayuh di lorong kedua kiri sebuah lebuh raya yang mana situasi itu boleh membahayakan keselamatan bahkan kejadian berlaku pada waktu puncak pagi. 

Selain itu, kedudukan mereka di belakang sisi sebuah lori itu cukup merbahaya kerana berada di lokasi titik buta. Sekiranya pemandu lori berkenaan menukar lorong secara tiba-tiba boleh menyebabkan kecelakaan jalan raya.

 

Perlu diingatkan sebelum ini pihak polis menyatakan aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda hingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka yang mengingkari larangan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Insiden itu mengundang kemarahan dalam kalangan netizen antaranya:

“Mempertaruhkan nyawa. Macam nyawa boleh dijual beli. Terpaling sangatlah kayuh tu.”

“Baru kelmarin keluar berita cyclist kena gilis dgn lori kot. Tak faham kenapa kena cycle tgh jalan + rapat mcm tu.”

“Tengah2 jalan???? Nak kena sodok ke????.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here