Netizen puji anggota trafik biarkan lelaki gila solat tengah jalan, siap bantu kawal trafik

1697

Menerusi sebuah video papan pemuka (dashcam) berdurasi 29 saat, memaparkan seorang lelaki menunaikan solat di tengah kesibukan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Namun video tersebut dihujani pelbagai komen di Facebook, rata-rata memuji tindakan seorang polis trafik yang tidak menganggu lelaki tersebut dan mengawal keadaan jalan raya.



“Walaupun yang solat di tengah jalan itu orang ‘gila’ tetapi tindakan anggota polis yang tidak memberhentikan solat lelaki itu harus diberi pujian,” tulis netizen.

Dalam video tersebut dapat dilihat, tindakan anggota tersebut yang berdiri dibelakang lelaki itu sambil mengarahkan kereta-kereta di jalan raya supaya terus bergerak agar tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, perbuatan lelaki itu seperti memberi peringatan kepada orang ramai agar menunaikan solat tanpa sebarang alasan walaupun dia dikategorikan ‘tidak sihat’.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here