Azizulhasni dedah Datuk Siti bukan saja minat kayuh basikal namun ada galeri di rumah

2303

Baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menjemput pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang ke kediaman mereka di Bukit Antarabangsa. 

Azizulhasni yang meraih pingat Perak dalam acara keirin itu menerima pelawaan penyanyi tersohor negara tersebut dan berkongsi pengalaman tersebut di laman Instagramnya.



“Saya baru tahu, Dato CT ni bukan hebat menyanyi je, memasak pun boleh tahan juga. Banyak hidangan yang disediakan sendiri dan semuanya sedap-sedap belaka tetapi cucur Dato CT memang terbaik. Saya makan tu sampai menyanyi lagu PERCAYALAAHHHH,” kata Azizulhasni.

Namun mungkin ada yang tidak tahu, selain menyanyi Siti bersama suami sangat meminati sukan berbasikal. Selain aktif berkayuh mereka juga mempunyai galeri koleksi basikal.

“Tapi saya sangat terkasima melihat koleksi-koleksi basikal mereka. Paling saya terpaku adalah koleksi basikal antik yang memang susah nak dapat. Masa berada di galeri itu, saya tengok satu per satu secara terperinci dan seolah-olah ada alunan mozart mengiringi saya. Kagum.

“Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah. Didoakan agar dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya,” tulis Azizulhasni menerusi hantaran di Instagram.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here