Berlumba lawan arus, polis tahan pemandu Nissan GTR R35, BMW M6 dan Mercedes

2284

Kelonggaran yang diberikan kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN)  ada saja yang disalahgunakan oleh pihak tertentu, misalnya empat lelaki ini yang ditahan ketika menguji kereta sport mereka melawan arus. 

Kejadian pada jam kira-kira 11.20 malam itu melibatkan kereta mewah yang terdiri daripada dua buah model Nissan GT-R R35, sebuah BMW M6 dan Mercedes-Benz A14 di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) berhampiran Awan Besar.



Selepas memandu melawan arus keempat lelaki tersebut kemudiannya memberhentikan kenderaan di kawasan parkir rehat dan rawat (R&R) Awan Besar. 

Bagaimanapun mereka berjaya ditahan pihak polis dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang disertai dua pegawai dan 19 anggota Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman, antara 10 malam hingga 4.45 pagi.

“Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus didapati bersaing secara sendiri sehingga ke susur keluar kawasan R&R Awan Besar.

“Pada 11.50 malam dua kenderaan lain jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 didapati melakukan aksi sama,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain.

Semua pemandu yang berusia 24 hingga 34 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here