Mercedes-Benz S560e jadi kereta rasmi baharu Ketua Menteri Pulau Pinang

1968

Mercedes-Benz S560e dibeli oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk digunakan sebagai kereta rasmi Ketua Menteri, Chow Kom Yeow. Pembelian ini bagi menggantikan Mercedes-Benz S300L yang dibeli pada tahun 2013.

Mercedes-Benz S560e

Kon Yeow dilihat menggunakan Mercedes-Benz S560e itu ketika hadir Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Dewan Bandaraya semalam.



Kon Yeow berkata, beliau baharu sahaja menerima kereta tersebut pada Rabu.

“Saya tidak tahu perincian pembelian ini, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini nanti,” katanya.

Mercedes-Benz S560e

Sementara itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pembelian kereta itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 29 November tahun lalu.

“Pembelian Mercedes S560e bagi menggantikan kereta rasmi sedia ada, Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.75 pada 2013.

“Kereta model berwarna kelabu selenite yang dikeluarkan pada 2019 itu dibeli dengan harga RM458,122.78 iaitu dengan potongan harga sebanyak RM127,765.22. MMK telah bersetuju dengan pembelian kereta baru itu pada 29 November 2019,” katanya.

Harga kereta baharu tersebut hampir dua kali ganda dari harga kereta rasmi sebelumnya yang digunakan oleh Kon Yeow iaitu Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263.

Pada Ogos 2019, Pulau Pinang mengesahkan penerimaan 15 unit baharu Toyota Camry 2.5 CBU untuk kegunaan rasmi bagi menggantikan model CKD sebelumnya.

Setiap kereta tersebut berharga RM184,912 dan kerajaan negeri berjaya memperoleh diskaun sebanyak RM4,990.

Keputusan itu dibuat untuk menggantikan kereta lama dalam mengurangkan kos penyelenggaraan selain faktor keselamatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here