Mercedes-Benz muncul sebagai kereta mewah dunia paling laris

2771

Mercedes-Benz berjaya mempertahankan takhta jenama kereta mewah dunia yang paling laris. Pada tahun 2019, Mercedes berjaya mengalahkan pesaing, iaitu BMW dan Audi untuk tahun keempat berturut-turut.

kereta mewah dunia paling laris

Mercedes-Benz berkata, jualan mereka meningkat 1.3 peratus pada tahun 2019. Sepanjang tahun 2019, Mercedes-Benz berjaya menjual 2.34 juta buah kenderaan.



kereta mewah dunia paling laris

BMW berada di bawah Mercedes-Benz. Pengilang kereta dari Bavaria tersebut berjaya menjual 2.17 juta buah kereta pada tahun lepas. Malah, BMW mendakwa jualannya naik 2 peratus.

kereta mewah dunia paling laris

Sementara Audi ketinggalan di belakang Mercedes-Benz dan BMW. Walaupun jualan meningkat 1.8 peratus, Audi hanya berjaya menjual 1.85 juta buah kereta.

Permintaan untuk kereta mewah ketiga-tiga jenama ini kelihatan lebih kuat daripada segmen kereta lain yang semakin mengecil kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan di beberapa kawasan dan kesan pertikaian perdagangan.

Mercedes-Benz merupakan kereta mewah dunia paling laris, dan mereka telah menetapkan rekod jualan baru di Jerman, China dan Amerika Syarikat berikutan permintaan yang kuat untuk SUV mewah dan sedan. Mereka berkata permintaan untuk kereta di China naik 6.2%, dimana ramai masyarakat Cina memesan limosin kelas tinggi, Maybach Mercedes S-Class dengan purata jualan sebanyak 700 unit sebulan.

Maybach Mercedes S-Class

Sedan mewah dan SUV besar telah terbukti sangat popular. BMW berkata ia akan menggandakan jualan kereta mewah antara 2018 dan 2020, disokong oleh pengenalan SUV X7 pada tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Jualan Audi, Hildegard Wortmann berkata, ia akan membawa kereta baru untuk membantu jenama mengekalkan jualan positif dan memenangi semula kedudukan jumlah jualan daripada Mercedes-Benz dan BMW dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here