Kart golf Harley-Davidson milik Elvis Presley bakal dilelong RM296k

1342

Rumah lelongan Graceland Auctions telah menjual satu unit Harley-Davidson (HD) Electra Glide 1200 milik Elvis Presley dengan harga RM3.26 juta. Kali ini, rumah lelong tersebut kembali melelong salah satu dari koleksi Harley-Davidson penyanyi lagenda tersebut.

Harley-Davidson yang dilelong bukan motosikal, tetapi merupakan kart golf. Perkara yang istimewa ialah kenderaan ini pernah digunakan oleh Raja Rock and Roll tersebut.



Greenland Auctions menetapkan harga awal kenderaan ini pada harga RM123,099. Dianggarkan, harga jualan di lelong boleh mencecah dua kali ganda, sekitar RM266,962 hingga RM296,625.

Elvis Presley

Seperti yang diketahui, Harley-Davidson telah membuat kart golf pada tahun 1963 dengan tiga roda. Tujuh tahun kemudian, pengeluar motosikal dari Amerika Syarikat itu mengeluarkan model empat roda sebelum semua pengeluaran dihentikan pada tahun 1983.

Elvis Presley

Kart golf Harley-Davidson milik Elvis Presley adalah keluaran pada tahun 1967. Sekiranya jentera ini dibeli, pembeli akan disertakan dengan beberapa dokumen, seperti pembelian invois dan gambar ketika Elvis menggunakan kenderaan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here