Alpinestars lancar baju beg udara dengan sambungan telefon pintar

1559

Salah satu pengeluar pakaian premium, Alpinestars, akhirnya melancarkan produk baju beg udara terbarunya yang dinamakan Tech-Air 5.

Baju beg udara ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk kegunaan harian. Ini kerana ia boleh dipakai di dalam baju yang lain.



Tidak seperti jenis lain, baju beg udara Alpinestars iaitu Race Tech-Air dan Tech-Air Street, yang hanya boleh dipakai dengan wearpack atau jaket Alpinestars sahaja.

Alpinestars

Alpinestars berkata, jaket yang digunakan semasa memakai baju beg udara mestilah tidak terlalu ketat. Ianya mestilah sekurang-kurangnya cukup dan sesuai untuk beg udara berkembang dengan sempurna.

Baju beg udara Tech-Air 5 mempunyai sistem Bluetooth dan boleh disambungkan ke telefon pintar. Melalui aplikasi Tech-Air pada telefon pintar, pengguna dapat melihat status baju beg udara mereka.

Alpinestars

Di baju beg udara ini terdapat juga enam sensor, yang mengembangkan beg udara dalam masa hanya 40 milisaat.

Alpinestars

Alpinestars juga mengatakan bahawa jaket ini akan melindungi dada, tulang rusuk, belakang dan bahu penggunanya. Bateri yang terkandung dalam baju beg udara ini boleh bertahan sehingga 30 jam.

Baju beg udara ini dikatakan berharga sekitar RM2,851, dan akan sedia dijual pada bulan Mac tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here