10 motor paling banyak dicuri tahun 2020!

7288

Tahun 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya seminggu yang lepas dan kita dikira masih baharu dalam tahun 2021 ini.

Dan untuk itu, kami ingin kongsikan statistik ringkas iaitu 10 model motosikal paling banyak dicuri tahun 2020.

Imej oleh: Bennetts Insurance

Manalah tahu motor anda ada dalam senarai, maka bolehlah anda lebih berhati-hati. Jangan tinggal merata, sambil lewa, dan pastikan anda pasang pengunci keselamatan yang baik pada motosikal anda.



Alat penggera canggih juga pasti membantu.

Senarai ini mula dikongsi di akaun Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Tetapi apabila kami buat rujukan lanjut di sumber asal iaitu di Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC), ia sebenarnya untuk 1H atau separuh masa pertama tahun 2020.

Ini bermakna statistik ini hanya merujuk kepada bulan Januari hingga Jun tahun lepas. Mungkin data 2H akan kita peroleh tidak lama lagi.

Apa pun, cukup mukadimah, jom tengok motor mana paling panas 1H tahun lepas!

10. Yamaha YZF-R15

9. Honda Wave ANF100

8. Modenas Kriss

7. Yamaha Ego

6. Honda Wave 125

5. Yamaha Lagenda

4. Yamaha Y15ZR

3. Yamaha 125Z

2. Honda EX5

1. Yamaha 135LC

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here