Dua beranak baik hati bantu pemuda berlari dalam hujan kejar bas tertinggal

1317

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya di laman Twitter sewaktu dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.

RnR Simpang Pulai

Sebaik sahaja kereta dipandu bapanya menyusur keluar dari RnR Simpang Pulai, dia terus merakam aksi seorang pemuda yang berlari di tepi lebuh raya dalam keadaan hujan lebat.

Menurut penjelasan gadis yang menggunakan nama @intansyazwanii berkenaan, pemuda itu difahamkan berlari keluar dari kawasan sebuah stesen minyak dan tercari-cari sesuatu sebelum terus berlari ke arah lebuh raya.



tertinggal bas

Justeru, firasatnya mengatakan bahawa pemuda tersebut mungkin sudah ditinggalkan oleh bas yang perlu dinaikinya.

Disebabkan berasa kasihan, dia meminta bapanya menumpangkan pemuda itu. Namun, apa yang lebih menyedihkan gadis itu adalah kelibat motosikal yang lalu-lalang tidak terpikir mahu bertanya keadaan pemuda malang terbabit.

Bapanya yang tidak sampai hati, memberhentikan kereta dan menumpangkan pemuda itu yang berada dalam keadaan basah lencun sambil menggigil kesejukan.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut, rupa-rupanya memang benar dia tertinggal bas dan seorang diri menaiki bas dalam perjalanan dari Jitra pulang ke Seremban.

Hasil daripada pertolongan gadis itu dan bapanya, pemuda tersebut telah menjumpai dan selamat menaiki basnya semula.

Gadis itu turut berkongsi rakaman saat-saat pemuda tersebut menaiki bas.Ā Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat 282k tontonan, 15.3k likes dan pelbagai komen dari warganet yang memuji tindakan dua beranak itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here