Banjir: KTMB Intercity di pantai timur dihentikan sementara

147

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan semua perkhidmatan KTM Intercity di pantai timur dibatalkan mulai malam Rabu.

Sumber: The Sentral

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, KTMB berkata, semua perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur telah mengalami gangguan berikutan kejadian banjir di laluan tersebut.

“Insiden yang berlaku antara Kuala Krai dan Bukit Abu itu telah menyebabkan landasan ditenggelami air dan operasi tren terpaksa ditutup sementara,” menurut kenyataan itu.

“Perkhidmatan KTM Intercity iaitu Ekspres Timuran No. 26 dan No. 27 bagi laluan Johor Bahru Sentral – Tumpat dan sebaliknya serta Shuttle Timuran dibatalkan mulai malam ini (Rabu).

“Pihak KTMB terpaksa membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke masa.”

Pada masa sama, KTM memaklumkan penumpang yang terjejas boleh menukar tarikh perjalanan atau mendapatkan pemulangan tambang penuh mengikut terma dan syarat.

“Penumpang juga dinasihatkan mendapatkan maklumat terkini di saluran media baharu KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200,” menurut kenyataan itu lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here