Koenigsegg tidak berminat hasilkan SUV berprestasi tinggi

1080

Menurut CEO Koenigsegg, berbeza dengan pengeluar yang lain, mereka tidak berminat untuk hasilkan SUV berprestasi tinggi.

Koenigsegg SUV
CEO Koenigsegg, Christian von Koenigsegg

Pada awal tahun 2020, Koenigsegg mula memasuki pasaran kenderaan dengan empat tempat duduk melalui pelancaran model Gemera. Dalam satu temu bual, Koenigsegg pernah ditanya jika jenama mereka mampu berkembang dengan lebih jauh melalui penghasilan SUV.

Namun, CEO iaitu Christian von Koenigsegg menyatakan syarikatnya menghasilkan kereta berdasarkan apa yang mereka suka, dan mereka tidak pernah meminati SUV.



Koenigsegg Gemera

Selain itu, mereka menyatakan dinamik pengendalian SUV di jalan raya adalah tidak bagus dan pengeluar yang menghasilkan SUV telah mencipta jenis kenderaan yang tidak dapat dikendalikan dengan baik.

Daripada menceburkan diri dalam dunia SUV, von Koenigsegg berkata akan lebih menarik bagi syarikatnya untuk menghasilkan Gemera versi high-riding dengan gaya yang diilhamkan oleh Mad Max.

Koenigsegg Jesko

Dengan ini, Gemera versi high-riding akan menawarkan prestasi luar biasa di jalan raya dan juga mampu mengharungi jalan berpasir dan berbukit.

Walaupun begitu, buat masa sekarang, Koenigsegg tidak akan memperkenalkan model baharu dengan versi tersebut, kerana production line mereka kini sibuk dengan pengeluaran Jesko dan Gemera.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here