Boleh ‘walk in’ perbaharui cukai jalan dan lesen memandu di pejabat pos bermula hari ini!

1627

Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak perlu lagi membuat temu janji.

Bermula hari ini pelanggan boleh jumpa terus (walk in) di mana-mana cawangan Pos Malaysia seluruh negara.



Pos Malaysia menjelaskan pelanggan yang sudah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu itu pada tarikh, masa dan lokasi pilihan atau secara jumpa terus di cawangan pejabat pos.

Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Jumaat lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium pembaharuan LKM dan LMM dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Namun pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here