Polis kesan pemandu Myvi lawan arus di lebuh raya MEX

1355

Tular satu rakaman video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi yang  memandu melawan arus menghala ke Kuala Lumpur.

Rakaman video berdurasi 16 saat itu berlaku sekitar pukul 11 pagi, di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) menyebabkan sebuah Proton Wira yang memandu di laluan sama terbabit kemalangan kerana cuba mengelak.



Namun hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol MEX Seri Kembangan mendapati pemandu memandu melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan.

Pihak polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi berwarna kelabu tersebut, dan memohon pemilik akaun twitter Fareez Azman (@FareezAzmann) yang memuat naik video itu tampil memberi kerjasama.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A. A Anbalagan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pemandu tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here