Belum sempat keluar kedai, kereta jatuh dari tingkat satu gara-gara termasuk gear D

3811

Malang tidak berbau itulah dapat digambarkan bagi pemilik Tata Tiago selepas kereta tersebut terjatuh dari tingkat satu di pusat pengedar Tata di Hyderabad, India.

Video rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang jurujual sedang memberi penjelasan kepada pemilik baharu tersebut di tingkat satu.



Namun, difahamkan seorang lagi yang berada di tempat duduk pemandu memasukkan gear D dan menekan pedal minyak menyebabkan kereta Tiago berwarna kelabu itu meluncur laju keluar pintu.

Kejadian berlaku cukup pantas itu menyebabkan kereta berkenaan jatuh ke jalan besar dan kerosakan yang dialami tidak diketahui.

Namun mengikut laporan media tempatan pemandu dan seorang pejalan kaki mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here