Bas Rapid Transit Iskandar, Johor pertama di Asia Tenggara akan beroperasi akhir 2023

2900

Johor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia dan Asia Tenggara menggunakan Bas Rapid Transit (BRT) atau sistem bas berpandu tanpa rel.

Projek Bas Rapid Transit (BRT) yang berkapasiti tinggi dengan panjang 32 meter itu menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dengan reka bentuk serba moden. Ia dianggarkan menelan kos RM2.56 bilion.



Projek terbabit kini di tahap 21.57 peratus pelaksanaan dan sudah menjalani Program Ujian Rintis Bas Transit Rapid (BRT) bagi IMBRT pada 8 April lalu dan dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2023.

BRT itu mempunyai kelebihan seperti ketepatan jadual perjalanan, keselesaan pengangkutan, menggunakan teknologi hijau dan dapat membawa 10,000 penumpang setiap jam.

Ia dijangka mempunyai liputan rangkaian sepanjang 2,051km termasuk 63km (Trunk Line), 1,247km (Direct Line) dan 741 km (Feeder Line) membabitkan pelbagai laluan.

Tiga laluan utamanya membabitkan kawasan Iskandar Puteri, Skudai dan Tebrau dengan 33 stesen serta sebuah terminal utama.

Projek ini akan akan disambung ke projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura; Lapangan Terbang di Senai; Larkin Sentral ; Landasan Berkembar Kempas dan Terminal Feri Antarabangsa di Stulang Laut dan Iskandar Puteri.

Laluan BRT

BRT Iskandar Malaysia diperkenalkan untuk memberikan rakyat Johor sebuah sistem pengangkutan awam lebih dipercayai dan dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi.

Selain itu, ia dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat secara keseluruhan kerana mengutamakan sistem yang efisien, efektif, mampu biaya, kos selenggara yang rendah dan kos pembinaan yang munasabah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here