Utama Berita Automotif KTM 450 RC (2026) dilancarkan khusus untuk pasaran China

KTM 450 RC (2026) dilancarkan khusus untuk pasaran China

6

Setelah beberapa bulan berlalu sejak imej yang tertiris menerusi pendaftaran kelulusan jenis, KTM akhirnya melancarkan sportbike 450 RC. 

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan khusus untuk pasaran China. 

Menariknya, model ini merupakan versi kejuruteraan semula dengan casis keluli tubular daripada model CFMoto 450SR-S yang menampilkan lengan ayun tunggal sisi. 

Namun, untuk model KTM ini ia menampilkan set panel badan baharu, enjin yang lebih bertenaga, serta tetapan suspensi dan brek baharu. 

Rekaan sportbike 450 RC ini secara asasnya menyamai model 990 RC R, menampilkan unit lampu utama tunggal yang diapit winglet berkembar. 

Enjin parallel-twin 450 cc itu telah ditala semula menghasilkan 55 hp pada 11,000 rpm dan 40.7 Nm pada 8,000 rpm. 

Aspek gantungan pula menggunakan fork hadapan WP Apex 43 mm boleh laras, diikuti penyerap hentak tunggal WP juga hadir dengan larasan pra-beban dan lantunan. 

Brek pula menggunakan angkup empat omboh yang mencengkam cakera tunggal 320 mm di depan dan angkup omboh tunggal berserta cakera 240 mm di belakang. 

Ciri bantuan elektronik yang hadir termasuklah sistem ride-by-wire dengan tiga tetapan (Street, Rain & Sport), opsyen mod Track, sistem pemantauan tekanan tayar, kawalan cengkaman, kawalan jelajah, serta cornering ABS. 

Dalam mod “Supermoto”, sistem ABS pada roda belakang boleh dimatikan. 

Di pasaran China, KTM 450 RC dijual pada harga sekitar RM21 ribu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here