Utama Berita Automotif KTM rasmi perkenal 990 RC R Track – versi lebih ganas, lebih...

KTM rasmi perkenal 990 RC R Track – versi lebih ganas, lebih fokus litar

5

KTM akhirnya secara rasmi melancarkan jentera terbaharu 990 RC R Track. 

Model ini sebenarnya sudah didedahkan serba sedikit ketika KTM melancarkan 990 RC R versi jalanan pada penghujung 2025.

Tetapi edisi Track ini, yang datang dengan kuasa dan tork sedikit lebih tinggi, bakal mula memasuki bilik pameran bermula Mac.

Dalam kenyataan rasmi, KTM menggambarkan jentera baharu ini sebagai “supersport tulen untuk litar, tidak sah jalan raya”.

KTM juga menegaskan bahawa semua komponen jalan raya seperti lampu, cermin sisi dan stand tepi telah dibuang, digantikan dengan konfigurasi perlumbaan yang lebih ringan dan mesra pelumba baharu.

Bahagian fairing pula menggunakan plastik suntikan bagi memudahkan pemasangan pelekat dan grafik, manakala skrin angin lebih tinggi disediakan untuk posisi ‘full tuck’.

Harga rasmi ditetapkan pada £15,599 (RM82 ribu), namun KTM memaklumkan pelanggan UK perlu menghubungi pengedar untuk masuk senarai menunggu kerana semua unit awal sudah pun habis ditempah.

KTM 990 RC R Track ini masih menggunakan enjin parallel‑twin DOHC LC8c yang sama seperti versi jalan raya. Ia juga layak bertanding dalam KTM 990 RC R Cup.

Bezanya, versi Track ini menghasilkan 133 bhp, berbanding 126 bhp pada model standard. Tork pula berada pada 105 Nm pada 7,000rpm, naik sedikit berbanding 990 RC R.

Model ini dipadankan dengan tayar Michelin serta tiga mod litar yang boleh dilaras.

Antara ciri lain termasuk Traction Control, Slip Adjustment, Anti‑Wheelie, Launch Control dan Engine Brake Control. Ia juga datang standard dengan Pit Limiter, quickshifter dan paparan TFT 4.2 inci yang memaparkan maklumat lap.

Kuasa membrek diserahkan kepada Brembo — dua angkup empat piston dengan cakera 320mm di depan, manakala belakang menggunakan cakera 240mm dengan angkup satu piston.

Suspensi WP di kedua-dua bahagian menawarkan jarak gerak 130mm.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here