
Donut Lab, sebuah syarikat startup yang berasal dari Finland bekerjasama dengan VTT Technical Research Center of Finland untuk membuktikan bateri jenis pejal (solid-state) mereka boleh dicas dengan pantas.Ā
Ketika awal pengenalan, Donut Lab mendakwa bateri jenis pejal itu mempunyai kadar ketumpatan tenaga 400 Wh/kg dan tahan sehingga 100,000 kitaran.Ā
Ujian Cas 11C ā laju, tapi ada realiti penyejukan
Dalam video baharu yang diterbitkan, Donut Lab menunjukkan kelajuan pengecasan dan kestabilan terma bateri tersebut.
Angka utama: kadar pengecasan sehingga 11C (286A) ā jika benarābenar stabil, ia meletakkan bateri ini dalam liga tersendiri.
Dalam ujian 11C, sel bateri dicas dari 0 ke 80% dalam 4.5 minit dengan dua heatsink. Cas penuh pula mengambil sedikit lebih 7 minit. Suhu bateri ketika itu mencecah 63°C.
Dalam ujian lain menggunakan satu heatsink aluminium, suhu naik sehingga 90°C, memaksa proses dihentikan selama 4 minit untuk penyejukan.
Menurut laporan Electrek, Donut Lab sebelum ini mendakwa bateri mereka tidak memerlukan penyejukan aktif untuk mencapai kelajuan cas ekstrem tersebut.
Namun ujian ini menunjukkan sekurangākurangnya pengurusan haba pasif masih diperlukan. Walaupun begitu, kelajuan cas yang ditunjukkan tetap mengagumkan, lebihālebih lagi untuk syarikat kecil seperti ini.
CEO Donut Lab, Vile Piippo, berkata:
āTidak seperti bateri solidāstate lain yang memerlukan tekanan tinggi dan perubahan volum sehingga 15ā20% ketika kitaran cas, bateri Donut tidak memerlukan tekanan khas atau sistem penyejukan lebih kompleks.ā
Jawab kritikan dengan laman āiDonutBelieveā
Sebagai tindak balas kepada skeptis, Donut Lab menerbitkan keputusan ujian cas pantas ini di laman baharu bernama iDonutBelieve ā sindiran halus kepada pengkritik yang menuduh mereka melebihālebihkan dakwaan.
Syarikat itu turut menjanjikan keputusan ujian lain minggu depan untuk membuktikan ketumpatan tenaga dan ketahanan 100,000 kitaran.
Verge jadi pengeluar pertama guna bateri ini
Kenderaan pertama yang akan menggunakan bateri solidāstate Donut Lab ialah motosikal elektrik penuh daripada Verge.
Model tersebut, dinamakan TS Pro, dijangka tiba pada suku pertama tahun ini dengan pilihan pek 20.2 kWh dan 33.3 kWh.



































