
KTM secara rasmi memperkenalkan rangkaian model Duke bagi tahun 2026 yang dianggap sebagai barisan paling lengkap setakat ini.
Siri Duke 2026 ini memperlihatkan evolusi reka bentuk yang lebih menonjol dan integrasi teknologi terkini yang telah menjadi identiti keluarga Duke selama tiga dekad.
Koleksi kali ini merangkumi pelbagai segmen bermula daripada jentera bandar kompak yang lincah sehinggalah kepada model Hyper Naked yang menawarkan prestasi luar biasa.
KTM 125 Duke Peneraju Segmen Kapasiti Kecil
Sebagai model aras mula dalam keluarga Naked KTM, KTM 125 Duke terus mendominasi kategori kapasiti enjin suku liter.
Bagi model tahun 2026, jentera ini tampil berbeza berbanding model Duke bersesaran kecil yang lain melalui pengenalan dua skim warna baharu serta penambahbaikan pada sistem pembakaran enjin bagi memberikan kelancaran kuasa.
Walaupun berbadan kecil, ia tetap dilengkapi dengan ciri premium sebagai peralatan standard.
Rangkaian Kuasa Dan Spesifikasi
- Sistem ride by wire yang dipertingkat
- Kelajuan maksimum yang lebih tinggi
- Sistem Cornering ABS
- Paparan instrumen TFT 5 inci warna penuh
KTM 160 Duke dan KTM 200 Duke
KTM turut memperkenalkan KTM 160 Duke yang membawa identiti jalanan sejati ke segmen motosikal ringan menerusi prestasi bertenaga dan kelincahan terbaik dalam kelasnya.
Dibina untuk penunggang yang mahukan kemudahan tunggangan harian tanpa hilang karakter “ganas” sebuah Duke, ia menggabungkan ergonomik yang jitu, gaya luaran yang mennyerlah, serta pengendalian tepat dalam satu pakej kompak.
Jentera ini bukan sahaja meyakinkan untuk tunggangan ulang-alik ke tempat kerja, malah sangat lincah untuk melayan selekoh jalan berliku pada hujung minggu.
Sementara itu, KTM 200 Duke yang sudah lama menjadi kegemaran di pasaran membangun terus mengekalkan statusnya sebagai penanda aras prestasi bagi kategori aras mula
Dengan enjin yang responsif, casis yang agresif, serta reka bentuk ikonik Duke, model ini sangat sesuai untuk penunggang baharu yang mahukan keseronokan dalam kelas naked, mahupun pengguna harian yang mencari jentera streetfighter ringan yang dinamik.
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi KTM 160 Duke
- Tiga pilihan warna mengikut kesukaan penunggang
- Prestasi bertenaga dengan kelincahan terbaik dalam segmen ringan
- Ergonomik jitu dan gaya berani dalam pakej kompak yang meyakinkan
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi KTM 200 Duke
- Tiga pilihan warna baharu untuk model tahun 2026
- Enjin responsif dengan karakter tunggangan dinamik
- Casis agresif dengan reka bentuk ikonik keluarga Duke
KTM 250 Duke Reka Bentuk Kompak dan Dinamik
KTM 250 Duke 2026 hadir dengan profil yang lebih langsing dan kompak hasil daripada perubahan rekaan yang dilakukan sebelum ini.
Model ini dianggap sebagai pilihan yang sangat seimbang bagi penunggang yang ingin menaik taraf kapasiti sesaran enjin mereka kerana ia menawarkan gabungan berat yang ringan serta prestasi enjin silinder tunggal yang bertenaga.
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi
- Dua pilihan warna baharu yang eksklusif
- Enjin silinder tunggal yang responsif
- Dinamik casis yang telah dipertingkatkan
KTM 390 Duke Peningkatan Sistem Brek Baharu
KTM 390 Duke mengekalkan teraju sebagai jentera naked ringan serba boleh yang menggabungkan praktikaliti harian dan prestasi yang mengagumkan.
Dilengkapi enjin silinder tunggal yang bertenaga, teknologi premium, serta ergonomik berfokuskan prestasi, ia menawarkan rasa jentera besar dalam pakej yang lincah dan mudah dikendalikan.
Bagi tahun 2026, model ini dipertingkatkan lagi dengan angkup brek WP FCR4 serba baharu untuk prestasi membrek yang lebih baik, serta dua pilihan warna baharu bagi menyerlahkan lagi gaya jalanannya.
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi
- Enjin silinder tunggal yang bertenaga
- Angkup brek WP FCR4 baharu untuk peningkatan prestasi membrek
- Teknologi premium dengan ergonomik berfokuskan prestasi
- Pakej lincah dan mudah dikendalikan dengan rasa jentera besar
- Dua pilihan warna baharu
KTM 790 Duke – The Scalpel Dengan Teknologi Baharu
KTM 790 Duke kembali dengan gelaran The Scalpel yang menawarkan ketepatan pengendalian serta kuasa hantaran daripada enjin dua silinder selari.
Model 2026 ini menerima peningkatan teknologi yang ketara dengan menggunakan komponen daripada model yang lebih besar bagi memastikan ia kekal berdaya saing dalam kategori kelas pertengahan.
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi
- Enjin dua silinder selari yang berkuasa
- Paparan TFT 5 inci yang sama seperti KTM 990 Duke
- Sistem suis kawalan baharu
- Sistem elektronik canggih
KTM 990 Duke dan Varian Prestasi 990 Duke R
Segmen kelas pertengahan KTM diperkukuhkan lagi dengan KTM 990 Duke yang membawa DNA generasi baharu yang lebih agresif.
Namun tumpuan utama diberikan kepada KTM 990 Duke R yang kini telah memasuki fasa pengeluaran secara rasmi selepas diperkenalkan di EICMA 2024.
Varian R ini dibina khusus untuk penunggang yang memerlukan ketepatan maksimum di litar lumba mahupun jalanan.
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi KTM 990 Duke
- Enjin dua silinder selari yang bertenaga
- Pilihan warna baharu untuk tahun 2026
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi KTM 990 Duke R
- Kuasa maksimum 130 PS
- Tork maksimum 103Nm
- Skrin sentuh TFT bersaiz 8.8 inci
- Sistem navigasi peta luar talian
- Suspensi WP APEX boleh laras sepenuhnya dengan sistem linkage di bahagian belakang
KTM 1390 Super Duke R dan R EVO Dominasi Hyper Naked
Di kemuncak siri Duke 2026 adalah KTM 1390 Super Duke R dan versi R EVO.
Dikenali dengan gelaran The Beast, model ini menawarkan hantaran kuasa yang ekstrem dan kejuruteraan casis yang paling canggih dalam sejarah syarikat untuk mendominasi jalanan.
Rangkaian Kuasa dan Spesifikasi
- Kuasa luar biasa dengan aerodinamik canggih
- Versi R EVO dilengkapi dengan suspensi semi aktif
- Sistem Cornering ABS
- Bantuan penunggang elektronik tercanggih
Kejutan Model Baharu Pada Bulan April
KTM turut memberikan bayangan bahawa barisan Duke 2026 akan dilengkapkan dengan kehadiran dua lagi model yang sangat ekstrem pada bulan April akan datang.
Gareth Davidson selaku Pengurus Pemasaran Produk Street menyatakan bahawa model tersebut akan tampil luar biasa!
KTM 125 Duke
KTM 160 Duke
KTM 200 Duke
KTM 250 Duke
KTM 390 Duke
KTM 790 Duke
KTM 990 Duke dan 990 Duke R
KTM 1390 Super Duke R dan Duke R Evo















































