Utama Berita Automotif Proton e.MAS 7 2026 ditawarkan pada harga bermula RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 ditawarkan pada harga bermula RM99,800

10

PRO-NET memperkenalkan Proton e.MAS 7 2026 yang dihasilkan secara tempatan di Malaysia.

Anak syarikat Proton itu berkata, pengenalan model berkenaan menandakan pencapaian penting dalam memajukan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara, dengan menawarkan pemandu Malaysia kenderaan yang menggabungkan kepraktisan, teknologi canggih dan mobiliti mampan pada harga mampu milik.

“Pengeluaran tempatan serta penawaran harga kompetitif bagi Proton e.MAS 7 mencerminkan komitmen kami menyediakan kenderaan elektrik yang bukan sahaja inovatif, malah mampu dimiliki rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada para pelanggan kerana menjadikan e.MAS 7 sebagai EV paling laris di Malaysia sepanjang tahun lalu.

“Dengan kemas kini terbaru bagi model 2026 – termasuk ciri-ciri dipertingkatkan serta spesifikasi yang disesuaikan untuk pasaran tempatan – pengalaman pemanduan e.MAS 7 kini menjadi lebih selesa dan selamat,” jelasnya.

Proton e.MAS 7 model 2026 mencerminkan komitmen berterusan PRO-NET terhadap inovasi, keselamatan dan kelestarian, di samping menawarkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang dihasilkan secara tempatan.

Ciri Baharu Proton e.MAS 7 Model 2026

Varian PRIME:
• Tambahan Power Tailgate
Ciri pintu tailgate elektrik membolehkan pengguna membuka dan menutup but dengan mudah hanya melalui satu sentuhan butang atau menggunakan alat kawalan jauh.

– Ia amat praktikal, terutamanya apabila tangan penuh, sekali gus memudahkan proses memuat dan mengeluarkan barangan.

Varian PREMIUM:
• Naik Taraf ADAS (Sistem Bantuan Pemandu)
Varian Premium kini dilengkapi dengan tiga ciri keselamatan pemandu:

• Evasive Manoeuvre Assist (EMA): Membantu pemandu mengelak halangan semasa situasi kecemasan, sekali gus mengurangkan risiko pelanggaran.

• Front Cross Traffic Alert (FCTA): Memberi amaran kepada pemandu mengenai kenderaan yang menghampiri dari sisi di persimpangan, meningkatkan jarak pandang dan masa tindak balas.

• Active Lane Change Assist (ALCA): Menyokong pertukaran lorong dengan selamat dengan mengawasi titik buta dan secara automatik menyesuaikan stereng jika perlu.

PRO-NET kekal komited memastikan pengalaman pemilikan dan penyerahan kenderaan bagi semua pelanggan e.MAS.

Proton e.MAS 7 model 2026 mencerminkan fokus berterusan PRO-NET terhadap inovasi, kelestarian, dan penyelesaian yang memfokuskan kepada para pelanggan.

Dengan teknologi canggih dan pengeluaran tempatan, PRO-NET menyumbang kepada pembentukan masa depan Malaysia lebih lestari.

Bagi meraikan pengenalan Proton e.MAS 7 model 2026, para pembeli akan menerima pakej manfaat tambahan bernilai RM4,000.

Pakej ini merangkumi perkara berikut:

Power Home
• Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM1,500

Power Plus
• V2L Adaptor Percuma bernilai RM500

Power Online
• 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM1,800

Power Thru
• Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun
• Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km

Power Exchange
• Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 5,000

Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 2026 Prime dan Premium adalah seperti berikut:

Varian Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak
e.MAS 7 Prime RM103,800 RM106,800
e.MAS 7 Premium RM119,800 RM122,800

Tawaran Welcome Benefit dengan rebat RM4,000 sah untuk masa terhad, Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 2026 Prime dan Premium adalah seperti berikut:*

Varian Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak
e.MAS 7 Prime RM99,800 RM102,800
e.MAS 7 Premium RM115,800 RM118,800

*Tawaran Welcome Benefit dan e.MAS Power Pack + sah untuk masa terhad sahaja

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here