
iCAUR Malaysia secara rasmi mengumumkan pelancaran iCAUR V23 Edisi Retro hari ini dengan pakej pengubahsuaian rasmi lengkap direka untuk menzahirkan semangat ‘Born to Play’.
Ditawarkan pada harga bermula RM22,000, naik taraf estetik ini membolehkan pemilik mengubah SUV ‘off-road’ elektrik sepenuhnya, menjadi penghormatan abadi kepada rekaan lasak klasik.

iCAUR Malaysia turut mengumumkan harga istimewa sempena Tahun Baharu Cina sebanyak RM18,888 untuk Edisi Retro – terhad kepada 88 set – untuk tempoh masa terhad.
Kit ini tersedia untuk pemilik V23 sedia ada serta pelanggan baharu, dengan proses tempahan dan pemasangan profesional dikendalikan melalui semua pengedar sah iCAUR di seluruh negara.

Dibina berdasarkan kejayaan pelancaran V23 pada November 2025, ‘Retro Bodykit’ direka untuk individu yang mahu rekaan luaran klasik penuh ekspresi.
Kit ini menekankan siluet V23 yang berani dan berkotak, menggabungkan warisan kenderaan ‘off-road’ ikonik dengan prestasi elektrik moden.
Bagi memastikan kualiti dan ketahanan, pakej ‘Retro Bodykit’ didatangkan dengan jaminan 12 bulan, manakala ‘sidestep’ bersepadu dilindungi jaminan lanjutan selama 18 bulan.

Ia dapat memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya kepada pemilik sepanjang pengembaraan mereka.
iCAUR V23 kekal sebagai SUV segmen C elektrik sepenuhnya pertama di Malaysia yang berkeupayaan ‘off-road’.

Model ini ditawarkan dalam dua varian bagi memenuhi gaya hidup berbeza:
• Varian 2WD: RM119,870 (Atas jalan tanpa insurans)
• Varian iWD (Intelligent All-Wheel Drive): RM132,980 (Atas jalan tanpa insurans)
Kedua-duanya hadir dengan pilihan warna menarik termasuk Off Road Orange, Khaki White, Army Green, Slate Silver, Gravel Grey dan Carbon Black, semuanya dilengkapi dengan interior kulit hitam premium.

iCAUR Malaysia terus menerajui pasaran dengan pakej penjagaan menyeluruh:
• Waranti Kenderaan 7 Tahun / 150,000 km.
• Waranti Bateri dan Unit Pacuan 8 Tahun / 160,000 km.
• Jaminan Penggantian Bateri: Penggantian satu-ke-satu sekiranya Tahap Kesihatan (SoH) menurun di bawah 70% sepanjang tempoh waranti.
• Aksesori Percuma: Setiap V23 didatangkan dengan kabel V2L dan pengecas mudah alih sebagai kelengkapan standard.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin ketika berucap merasmikan model itu berkata, iCAUR V23 bukan sekadar sebuah kenderaan; ia adalah satu pernyataan gaya hidup.
“Dengan pelancaran ‘Retro Bodykit’ kami memberikan komuniti ‘Born to Play’ lebih banyak cara mengekspresikan identiti diri mereka sambil menikmati kemuncak kepelbagaian off-road elektrik,” katanya.
Peminat kenderaan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan pandu uji dengan mengunjungi pengedar sah iCAUR terdekat.


























