Utama Berita Automotif Toyota Hilux BEV rasmi lancar, harga RM226,300

Toyota Hilux BEV rasmi lancar, harga RM226,300

164

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) hari ini melakar pencapaian penting dalam perjalanan mobiliti Malaysia dengan pengenalan tiga model kenderaan elektrik bateri (BEV) serentak iaitu :

  • Toyota bZ4X : RM220,000
  • Urban Cruiser : RM198,000
  • Hilux : RM226,300

Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV)

Dipasang di kilang Toyota Thailand, Hilux BEV dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya ini merupakan Toyota Global Retail Pickup BEV yang pertama.

Ia direka untuk keperluan pelbagai pelanggan flit dan individu yang mencari kenderaan bandar yang bersih dan sofistikated dengan keupayaan off-road.

Hilux BEV memiliki DNA ‘Tough and Agile’ menggunakan platform body-on-frame. Seperti EV lain, pelanggan Hilux BEV akan mendapat manfaat daripada pengurangan kos pemilikan dengan keperluan penyelenggaraan dan penggantian alat ganti lebih rendah. 

Berikut fakta ringkas tentang Toyota Hilux BEV :

  • Dilengkapi pek bateri litium ion 80-sel berkapasiti 59.2 kWh. 
  • Pek bateri dipasang dengan pelindung bawah yang ditempatkan di dalam struktur kenderaan. Rel sisi rangka diperkukuh dengan bahagian penyerap impak aluminium untuk memberikan perlindungan tambahan sekiranya berlaku perlanggaran. 
  • Hilux BEV menggunakan eAxle hadapan dan belakang yang kompak serta ringan dengan inverter dan transaxle bersepadu yang direka untuk kecekapan optimum. eAxle hadapan menghasilkan tork 206Nm dan unit belakang 267Nm, dengan jumlah output kuasa 144 kW (196PS).
  • Bahagian dalaman menampilkan pemilih gear shift-by-wire ergonomik bersama Brek Parkir Elektronik (EPB), membolehkan pemilihan gear yang lancar. 
  • Menggunakan konsep reka bentuk ‘Cyber Sumo’ menerusi gril yang lebih tertutup menggantikan gril tradisional yang besar, manakala rim aloi 17 inci juga adalah unik untuk varian BEV ini.
  • Dilengkapi lampu LED canggih termasuk unit projektor lampu tinggi/rendah yang ramping dan lampu nyala siang (DRL) dengan pencahayaan sekunder (garisan halus yang keluar dari bentuk utama DRL).
  • Dimensi keseluruhan Hilux BEV menyamai model double cab lain dengan panjang keseluruhan 5,320mm, lebar (1,855 mm), tinggi (1,865 mm) dan jarak roda 3,085 mm. 
  • Dalam kabin pula, tempat duduk dibaluti upholsteri gabungan kulit dan kemasan lembut dengan jahitan. Untuk posisi yang selesa, tempat duduk pemandu mempunyai pelarasan kuasa 10-arah manakala tempat duduk penumpang boleh dilaraskan secara manual 6-arah.
  • Panel paparan tengah 12.3 inci menempatkan antara muka infotainmen dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta dwi-port USB jenis C.
  • Trak pikap BEV ini merupakan model Hilux pertama menggunakan stereng kuasa elektrik (EPS).
  • Toyota menetapkan kapasiti beban sebanyak 750kg, setanding dengan varian Hilux double cab yang lain.
  • Melalui port pengecasan di sebelah kiri, bateri boleh dicas semula menggunakan pengecas pantas DC sehingga 150kW atau bekalan kuasa AC sehingga 10kW.
  • Pengecasan dari 10-80 peratus di stesen pengecasan DC pada 150kW mengambil masa sekitar 30 minit, manakala dengan pengecasan AC, masa dari 10-100 peratus adalah 6.5 jam (pada 10kW).
  • Dengan pengecasan penuh, Hilux BEV mempunyai jarak gerak 315km (NEDC). 
  • Aplikasi Toyota Remote, pemandu mempunyai kemudahan kawalan jauh kenderaan untuk fungsi seperti mula/henti dan buka/kunci pintu. Aplikasi ini juga membolehkan pengesanan lokasi kenderaan serta pengedar Toyota, dan boleh digunakan untuk menetapkan jadual temu janji penyelenggaraan atau bantuan 24/7.
  • Hilux BEV didatangkan dengan waranti 5-tahun sehingga 150,000km. Pek bateri mempunyai waranti berasingan sehingga 8 tahun, perbatuan tanpa had, dengan pilihan lanjutan sehingga tahun ke-9 dan ke-10. 

KESELAMATAN

Hilux BEV dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) generasi ketiga merangkumi:

  • Dynamic Radar Cruise Control
  • Lane Tracing Assist
  • Blind Spot Monitor
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Auto High Beam
  • Panoramic View Monitor (standard)

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here