Utama Berita Automotif PROTON e.MAS 7 PHEV kini ditawarkan dengan warna Emerald Green

PROTON e.MAS 7 PHEV kini ditawarkan dengan warna Emerald Green

4

PROTON e.MAS 7 PHEV kini diperkenalkan dengan varian baharu – warna Emerald Green – bagi memperluaskan pilihan kepada pelanggan.

Warna terkini model itu didedahkan PRO-NET yang juga anak syarikat milik penuh PROTON, awal bulan ini.

Sejak pelancarannya di pasaran pada awal tahun 2026, Proton e.MAS 7 PHEV menarik perhatian rakyat Malaysia dalam segmen PHEV.

Momentum ini mencerminkan peningkatan keyakinan pengguna terhadap tawaran mobiliti elektrik oleh PRO-NET, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Proton e.MAS sebagai jenama EV No.1 di Malaysia dengan 1 daripada setiap 2 EV dijual di Malaysia tahun ini adalah daripada keluarga Proton e.MAS.

“Kami melihat sambutan sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 PHEV.

“Jadi, kami teruja untuk memperkenalkan warna baharu, Emerald Green sebagai warna tambahan dalam barisan ini.

“Ia bukan sahaja memberi lebih pilihan kepada pelanggan, malah menyerlahkan lagi reka bentuk moden serta identiti model elektrik ini,” kata Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Yusoff.

“Di PRO-NET, kami sentiasa mendengar keperluan pelanggan, memahami maklum balas mereka, dan menambah baik tawaran kami supaya pengalaman memiliki Proton e.MAS 7 PHEV kekal praktikal, menyeronokkan dan berbaloi.

“Sebagai contoh, Proton e.MAS 7 PHEV Prime ditawarkan pada harga yang kompetitif, iaitu RM105,800, dengan kelebihan penjimatan bahan api, kos penyelenggaraan rendah, ruang dalaman luas dan selesa, serta nilai jangka panjang untuk pemandu di Malaysia,” tambahnya.

Pelanggan boleh membuat tempahan untuk warna Emerald Green bermula 1 April lalu

Teknologi Hibrid EM-i Menawarkan Penjimatan Bahan Api, Kecekapan, dan Praktikaliti Harian

Dikuasakan teknologi hibrid termaju EM-i, Proton e.MAS 7 PHEV menggabungkan enjin 1.5 liter khusus hibrid bersama transmisi hibrid 11-dalam-1 (DHT) canggih, menghasilkan sistem pacuan sangat efisien dan direka untuk pemanduan berasaskan elektrik serta keupayaan perjalanan jarak jauh yang fleksibel.

Dioptimumkan untuk operasi hibrid, enjin ini mencapai kecekapan haba sehingga 46.5 peratus membolehkan penjimatan bahan api lebih baik sambil beroperasi dengan lebih senyap.

Teras bagi Proton e.MAS 7 PHEV adalah transmisi hibrid 11-dalam-1 yang canggih, direka bagi memberi pengalaman pemanduan lancar dan responsif, sambil memaksimumkan kecekapan.

Sistem ini menjana kuasa 160 kW dan tork 262 Nm, memberikan pecutan bertenaga serta kawalan lebih mudah dan meyakinkan.

Dengan teknologi motor dan transmisi inovatif, operasi kekal senyap, kehilangan tenaga dikurangkan, dan kecekapan keseluruhan mencapai 92.5 peratus menjadikan setiap perjalanan lebih jimat dan menyeronokkan.

Sistem hibrid ini secara automatik bertukar antara mod EV, mod hibrid siri, dan mod hibrid selari mengikut keadaan pemanduan.

Bagi kebanyakan perjalanan harian, kenderaan beroperasi dalam mod EV atau hibrid siri, di mana enjin bertindak menjana elektrik untuk memacu motor atau mengecas bateri.

Apabila berada di lebuh raya atau dalam situasi jalan, sistem akan mengaktifkan pacuan terus oleh enjin bagi memberikan kecekapan dan prestasi lebih optimum.

Pemandu juga boleh memilih antara mod Pure, Hybrid dan Power mengikut keperluan pemanduan, sama ada untuk kegunaan harian sepenuhnya elektrik, pengurusan tenaga secara automatik, atau pecutan yang lebih bertenaga apabila diperlukan.

Proton e.MAS 7 PHEV juga menawarkan penggunaan bahan api serendah 4.3 liter bagi setiap 100km, sambil mengekalkan kos penyelenggaraan selama 10 tahun di bawah RM8,000.

Ini menjadikan kos pemilikan jangka panjangnya setanding dengan kenderaan EV, berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional.

Dengan harga bahan api semakin tidak menentu, Proton e.MAS 7 PHEV membantu pemandu menjimatkan kos bahan api, terutamanya untuk perjalanan harian di mana motor elektrik mengambil alih sebahagian besar pemanduan.

Tempah Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green anda sekarang

Pelanggan boleh membuat pendaftaran melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau tempahan terus di pengedar Proton e.MAS yang sah di seluruh negara.

Proton e.MAS kini mengendalikan rangkaian pengedar yang berkembang pesat dengan lebih 50 lokasi di seluruh negara, menawarkan sokongan jualan serta perkhidmatan selepas jualan menyeluruh kepada pelanggan di Zon Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengedar Proton e.MAS yang sah berhampiran anda, sila layari laman web rasmi dan ikuti saluran media sosial rasmi kami: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial) untuk maklumat terkini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here