[Video] Hidupkan motor guna kick starter, lain pula yang ditendang…

3632

Untuk menghidupkan motor ada dua cara sama ada menggunakan penghidup elektrik (electric starter) atau penghidup penendang (kick starter).

Jadi sekiranya anda cuba menghidupkan enjin menggunakan penghidup elektrik dan masih tidak nyala, bukan masalah besar pun kerana masih boleh guna penghidup penendang. Tetapi tetaplah rasa sakit hati dan sakit kaki!.



Seperti yang berlaku dalam satu video yang dikongsi akaun TikTok @dhodywijayanto. Kita yang melihat video berkenaan akan ketawa tambahan lagu latar yang begitu mencuit hati.

Tetapi tidak pada penunggang tersebut, kami dapat rasakan kesakitan yang dialaminya.  Manakan tidak kakinya tersilap tendang bukannya bahagian penghidup elektrik.

Seperti penunggang motor lain dia menggoncang motornya dan mengeluarkan sekuat tenaga supaya boleh menghidupkan enjin menggunakan penghidup penendang. Ternyata yang ditendangnya adalah pemijak kaki pembonceng.

Sehinggakan komponen itu patah dan selipar terlempar ke tapak penjual di depannya. Lantas dia turun dan mengutip bahagian pemijak kaki tersebut dan membelek sambil kebingungan. 

Mungkin dalam fikirannya bagaimana pemijak kaki tersebut boleh patah sedangkan yang ditendangnya adalah kick starter

Video tersebut mendapat pelbagai respons dari netizen di kolum komen antaranya:

“Sakitnya itu lo sumpah, udah pernah ngerasain soalnya.”

“Dia pun bingung ‘wah ternyata aku punya kemampuan super.”

@dhodywijayanto

♬ suara asli – Dova Vandeza – Dova Vandeza

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here