Vin Diesel undang kemarahan gara-gara tunggal basikal dikawal enam buah kereta

10817

Tidak dinafikan lagi, Vin Diesel sememangnya seorang pelakon terkenal. Dom merupakan watak utama dalam filem Fast and Furious, dan merupakan antara bintang filem aksi dengan bayaran tertinggi di dunia.

Dengan populariti yang dimiliki Vin, sudah tentu dia diminati ramai orang, dan memerlukan ruang privasi serta keselamatan yang tinggi untuk menjaga dirinya.



Hal ini termasuk tinggal di dalam komuniti yang berpagar. Namun, baru-baru ini nama Vin disebut-sebut kerana surat terbuka yang ditulis oleh jirannya kepadanya tular, dimana surat tersebut berunsur rasa tidak puas hati mereka.

Surat tersebut ditulis kerana Vin dan anak-anaknya menunggal basikal melalui kejiranan dengan dikawal ketat oleh enam buah kereta. Pejalan kaki dihentikan untuk memberi laluan kepada Vin dan bahkan ada di kalangan mereka yang menutup jalan.

vin diesel

Tindakan tersebut disifatkan sebagai suatu gambaran kurang sesuai, terutama dalam komuniti berpagar yang tidak ada ancaman keselamatan atau privasi.

“Anda menyoal siasat kami, menyekat jalan kami dengan lima atau enam SUV, menghentikan penduduk semasa berjalan ketika anda menaiki basikal,” tulis seorang jiran yang berasal dari New York.

Tambah jiran tersebut, tindakan ini akan didenda atau bahkan seseorang akan ditangkap sekiranya ianya berlaku di Los Angeles atau New York. Walaupun mengambil kira aspek populariti Vin, tindakan yang dibuat sebenarnya agak keterlaluan.

vin diesel

Menurut seseorang dari pihak Vin, memang pelakon itu menggunakan enam buah SUV sebagai keselamatan.

Namun, dia menganggap keselamatan itu sangat diperlukan, terutama ketika Vin bersama seluruh keluarganya, walaupun rondaan keselamatan sentiasa dibuat oleh penduduk tempatan.

“Vin tidak pernah berniat untuk menyusahkan jirannya. Dia mencintai masyarakat dan telah membawa produksi ke daerah ini,” kata pihak Vin Diesel.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here