Tayangan filem Fast and Furious 9 ditunda sekali lagi ke 25 Jun

2171

Tayangan francais ke-9 siri Fast and Furious sekali lagi ditunda ke tarikh baharu, iaitu pada 25 Jun 2021.

Bintang utama filem tersebut, Vin Diesel berkongsi tarikh tayangan baharu ini menerusi video teaser yang disiarkannya di laman Instagram miliknya.

Fast and Furious 9



“Akhirnya! Diberkati dan bersyukur,” kata Vin Diesel menerusi caption.

Diarahkan oleh Justin Lin, filem ini akan menampilkan pelakon yang popular dengan WWE, John Cena, serta Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, Helen Mirren, dan Charlize Theron.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel)

Sebelum ini, Fast and Furious 9 pada mulanya dirancang untuk ditayangkan pada Mei 2020, namun Universal Pictures menundanya ke 2 April 2021. Tayangan filem ini sekali lagi ditunda ke 28 Mei, berikutan keadaan dunia yang masih lagi diserang pandemik Covid-19.

Selain itu, Universal Pictures juga telah menunda tayangan filem Minions: The Rise of Gru yang merupakan francais ke-5 filem Despicable Me. Filem tersebut yang sebelum ini dijadualkan ditayangkan pada 2 Julai 2021, kini akan ditayangkan pada 2 Julai 2022.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here