Fast & Furious 10: Dua aksi terakhir bakal tayang 7 April (2023)

2572
Tidak lama selepas tayangan F9, Universal Pictures mengumumkan finale pertama Fast & Furious 10 bakal ditayangkan 7 April 2023.
 
 

Francais filem aksi Fast and Furious tersebut bakal berakhir selepas filem yang ke-11. 

“Setiap cerita berhak mempunyai pengakhiran yang tersendiri,” kata Vin Diesel dalam satu temubual bersama The Associated Press ketika mempromosikan filem F9.

Pelakon utama dan penerbit filem, Vin Diesel sebelum ini memberitahu Entertainment Weekly penggambaran akan bermula Januari 2022 yang mana kemungkinan kedua-dua filem itu menjalani penggambaran secara berturut-turut.



Dua filem terakhir itu juga bakal menampilkan pengarah Tokyo Drift, Fast & Furious, Fast Five dan Fast 6 iaitu Justin Lin dan pelakon-pelakon utama sebelum ini termasuklah Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris Bridges dan Sung Kang.

Bagaimanapun The Rock mengesahkan tidak akan kembali beraksi selepas timbul perselisihan antara dirinya dengan Diesel.

“Saya harapkan yang terbaik buat mereka bagi Fast 9 dan saya ucapkan yang terbaik juga buat mereka bagi Fast 10 dan Fast 11 dan semua filem Fast & Furious yang akan mereka terbitkan tanpa (pelibatan) saya,” katanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here