Nissan lancar Kereta Sport Z (2023) generasi baharu, harga RM169k

2463

Walaupun pasaran automotif menyaksikan peralihan kepada kereta elektrik (EV), namun tidak bermakna akan melupakan model pembakaran konvensional. Terkini Nissan rasmi memperkenalkan kereta sport Z generasi ke-tujuh. 

Model 2023 itu akan dijual di pasaran Amerika Syarikat bermula musim bunga tahun depan manakala pasaran Jepun akan menerima model itu pada musim sejuk tahun ini.



Nissan Z  ditawarkan dua varian iaitu Sport dan Performance serta model Edisi Terhad Proto Spec.

Nissan Z Porto Spec didatangkan eksklusif dengan warna kuning bersama kaliper brek logo Z, rim aluminium gangsa dan kerusi balutan kulit dengan kemasan kuning. Versi tersebut hanya ditawarkan sebanyak 240 unit. 

Kereta sport tersebut dijana oleh enjin V6 3.0 liter twin turbo menghasilkan kuasa 400hp dan tork 475Nm. Kuasanya meningkat sebanyak 68hp dan 30 peratus tambahan tork berbanding generasi sebelumnya.

Kemudian janakuasa itu digabungkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 6-kelajuan manual dan 9-kelajuan automatik.

Semua model menerima penggayaan sama seperti Z Proto khususnya bahagian depan, bentuk gril dan lampu retro LED.

Bonet depan yang panjang bersama lekukan tengah berbentuk-V dipadankan dengan garis sisi yang masing-masing disambung terus ke lampu depan.

Bahagian tepi Nissan Z tampil dengan bumbung yang curam ke belakang dan juga tingkap belakang bersaiz kecil bersama logo ‘Z’ di sebelah.

Manakala bampar belakang Nissan Z (2023) didatangkan dengan diffuser gentian karbon yang besar dan lampu LED 3D.

Varian Performance pula dilengkapi dengan tambahan spoiler di belakang dan rim 19-inci seperti Z Porto sementara varian Sport hadir dengan rim 18-inci.

Nissan Z didatangkan dengan sembilan warna badan yang mana tiga warna tunggal Black DiamondGun Metallic dan Rosewood Metallic.

Sementara enam lagi adalah pilihan dua rona warna iaitu Brilliant SilverBoulder GraySeiran BlueIkazuchi YellowPassion Red dan Everest White yang dipadankan dengan bumbung hitam. 

Masuk ke kabin di tengah papan pemuka tersedia meter analog merangkumi turbo boost, kelajuan turbin turbo dan voltan meter selain skrin sentuh 8-inci (termasuk depan pemandu).

Namun varian Performance didatangkan dengan skrin hiburan lebih besar iaitu 9-inci dengan fungsi navigasi dan Wi-Fi.

Reka bentuk kerusi kelihatan sama seperti yang digunakan pada sportcar GT-R. Pilihan material fabrik hitam ditawarkan untuk versi standard manakala kulit bagi Performance.

Nissan masih belum mengumumkan harga rasmi model tersebut bagaimanapun dianggarkan harga jualan model Z itu sekitar  AS$40,000 (RM169,300).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here