Utama Berita Automotif Berita Global F1: GP Jepun batal dua tahun berturut-turut, kali ini situasi darurat

F1: GP Jepun batal dua tahun berturut-turut, kali ini situasi darurat

1221

Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun (2021) di Litar Suzuka, Jepun terpaksa dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut berikutan pandemik. 

Sebelum ini, beberapa pusingan perlumbaan dibatalkan termasuklah di Australia, China, Kanada dan Singapura.



Krisis pandemik Covid-19 menyebabkan pembatalan penganjuran perlumbaan tahun lalu dan pusingan musim ini yang sepatutnya berlangsung pada 10 Oktober depan juga dibatalkan kerana beberapa wilayah termasuk Tokyo berada dalam situasi darurat.
 
 
F1 dalam satu kenyataan berkata selepas beberapa perbincangan dengan pihak penganjur dan pihak berkuasa Jepun, kerajaan membuat keputusan membatalkan perlumbaan musim ini susulan kerumitan pandemik yang sedang berlaku di negara itu.
 
“F1 kini sedang memperincikan jadual perlumbaan baharu yang akan diumumkan keputusan akhirnya pada minggu akan datang.
 
“Tahun ini kami boleh menyesuaikan diri dan mencari penyelesaian terhadap ketidaktentuan ini dan teruja dengan minat yang ditunjukkan di lokasi penganjuran Formula 1 tahun ini dan tahun-tahun akan datang,” jelas mereka.
 
Bagaimanapun perlumbaan F1 tahun ini akan diteruskan di Belgium bermula 29 Ogos ini yang mana Lewis Hamilton kini berada lapan mata di depan pencabar terdekat, Max Verstappen dan pada kedudukan teratas keseluruhan kategori pemandu.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here