Lelaki ini hasilkan koleksi kereta kerdil, ada model yang guna peti sejuk terpakai!

1870

Di Maricopa, Arizona, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ernie Adams telah mencipta beberapa buah kereta kerdil dan diletakkan dalam muziumnya.

 kereta miniatur

Dikenali sebagai ‘dwarf cars‘, kesemua kereta ini berfungsi sepenuhnya, dan merupakan kereta yang sah digunakan di jalan raya, dimana mereka juga dibuat sepenuhnya menggunakan tangan.



Bezanya kereta-kereta ini cuma beberapa kali ganda lebih kecil dari kereta biasa, tetapi masih boleh dipandu.

Dwarf car‘ pertama yang dihasilkan oleh Adams ialah sedan 2-pintu Chevrolet 1928. Ia dihasilkan pada tahun 1965, dengan menggunakan komponen dari sembilan peti sejuk. 

 kereta miniatur
Chevrolet 1928

Sejak itu, Adams berjaya menghasilkan beberapa buah ‘dwarf car‘, dan model yang terbaharu berjaya dicipta ialah Mercury Coupe 1949.

Tidak seperti Chevrolet, Mercury Coupe 1949 tidak dihasilkan menggunakan peti sejuk, namun ia tidak bermakana model ini kurang menarik.

 kereta miniatur
Mercury Coupe 1949

Keseluruhan bahagian badan, casis, sistem suspensi dan ruangan dalam dihasilkan menggunakan tangan. Secara keseluruhan, hasil kerja model ini lebih baik dari model yang dihasilkan sebelumnya. 

Mercury Coupe 1949 ini juga disertakan dengan sistem pemanas dan sistem perbersih yang berfungsi dengan baik. Satu-satunya perkara utama yang diambil dari kenderaan sebenar untuk diletakkan pada model ini ialah ialah enjin dan transmisi, iaitu dari Toyota Starlet 1982.

Kombinasi drivetrain yang disertakan berfungsi dengan baik, kerana komponennya sesuai untuk enjin 1,290cc dari Toyota yang digunakan. Jadi, jika berlaku kerosakan, kereta ini akan mudah untuk dibaik pulih.

Sistem drivetrain yang digunakan mampu membolehkan kereta ini mencapai kelajuan maksimum pada 161km/j.

Mercury Coupe 1949 ini pernah ditawarkan untuk dibeli pada harga USD450,000 (RM1.8 juta) namun Adams menolak untuk menjualnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here