Lexus LM350 rasmi dilancar – MPV ultra-mewah ibarat hotel bergerak, RM1.15 juta!

4442

Ke tepi semua, Lexus LM350 ingin tumpang lalu! Inilah dia MPV ultra-mewah untuk para VIP di luar sana.

Mula dibuka tempahannya Disember lalu, Lexus LM350 boleh menjadi milik anda pada harga RM1,148,000 (atas jalan, tanpa insurans). Kesemua LM350 hadir dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan dan ia diimport sepenuhnya dari Inabe, Jepun.



Jadi, apa yang anda dapat untuk sebuah MPV bernilai RM1.15 juta? Sebuah hotel bergerak!

Dari luar, Lexus LM350 nampak begitu mewah dengan grill spindle besar yang mendominasi muka depan, dan diapit dengan lampu LED ultra-kompak 3-beam.

Lexus LM350 dikuasakan enjin 3.5-liter V6 quad cam yang mampu menjana 296hp dan 361Nm tork, dan kuasa disalurkan ke roda depan menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan.

Seperti dijangka, bahagian dalam LM350 ialah tempat dimana anda lihat lebih banyak elemen mewah diberikan. Di depan, terdapat unit infotainmen bersaiz 12.3-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Tempat duduk adalah dari kulit semi-aniline.

Untuk bos-bos dan penumpang VIP, tempat duduk belakang hanyalah dua sahaja (hanya empat tempat duduk keseluruhan). Jadi penumpang belakang akan mendapat tempat duduk lounge VIP dengan ruang kaki yang luas.

Tempat duduk Adaptipedic ini juga boleh dibaringkan sepenuhnya, dan mempunyai fungsi urut, serta dilengkapi rongga-rongga pendingin hawa atau pemanas yang boleh dikawal dengan sentuhan di konsol tengah.

Setiap perjalanan dalam Lexus LM350 tidak akan sunyi dengan adanya panel skrin HD 26-inci. Untuk pelengkap kepada sistem hiburan, LM350 mendapat sistem audio premium Mark Levinsion dengan 19 pembesar suara.

Untuk keselamatan pula, seperti model-model Lexus terkini yang lain, LM350 dibekalkan dengan Lexus Safety System + (LSS+).

Ia merangkumi Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA), Adaptive High-Beam System (AHS) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Ciri keselamatan pasif termasuklah tujuh beg udara.

Ciri lain adalah panel kaca yang memisahkah ruang penumpang belakang dengan depan (seperti limosin) yang boleh dinaik atau diturunkan, rak majalah yang boleh dilipat, dan peti sejuk kecil untuk minuman.

Pemilik-pemilik Lexus LM350 di Malaysia akan menerima kenderaan mereka bermula Julai ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here