Tunggang Uji Dominar D400 Baharu-Ketara Perubahannya

1484

Dominar D400 versi terkini terbukti hebat serta ketara perubahannya. Pada 10 September lalu Modenas memperkenalkan Dominar 400 yang telah dinaik taraf. Savanna Green dan Charcoal Black merupakan dua warna pilihan.

Tampak model yang dinaik taraf ini terdapat beberapa peningkatan teknikal.Penyerap hadapan terbalik(USD),penyerap hentak tunggal Nitrox di belakang.



Dua meter paparan LCD dengan kedudukan yang berbeza.Sementara hendal bar kekal seperti model sebelumnya.

Sistem Ekzos Berkembang baharu. Kedudukan cakera tunggal brek hadapan diubah ke sebelah kiri.

Enjin bersesaran 373cc DOHC dengan teknolji DTS-i,penyejukkan cecairKemampuan lontaran kuasanya 40hp.

Tork masih sama seperti model terdahulu iaitu 35Nm dengan sistem Klac Assist dan Slipper. Demikian antara teknoloji yang dikenal pasti terdapat pada motosikal Modenas D400 baharu.

Bagaimana dengan prestasi?

Kenyataan dari Modenas model ini telah dinaik taraf.Saya akan menguji adakah kenyataan tersebut benar atau sebaliknya.

Saya kongsikan hasil ujian yang dijalankan. Suspensi depan dan belakang. Fork hadapan jenis terbalik (USD) serta Monoshock Nitrox di belakang.

Jelas suspensi yang terpasang pada jentera ini berfungsi mengikut kehendak penunggang.Di jalan yang rata atau offroad kurang ekstrim.

Paling terkesan sewaktu mengambil selekoh,di dalam selekoh dan keluar dari selekoh dengan penuh konfiden.

Meter LCD di dua kedudukan berbeza.Sebaiknya jadikan meter utama sebagai panduan untuk melihat segala maklumat tentang motosikal.

Ekzos Berkembar Baharu. Berjaya menarik perhatian mereka yang berada disekeliling lantaran bunyi yang dihasilkan.

Apa pun bunyi yang dihasilkan pastinya tidak bingitkan telinga. Sistem brek.Model sebelumnya cakera tunggal terletak sebelah kanan. Kini cakera tunggal di alihkan ke sebelah kiri.

Hendal bar, tidak dinafikan keselesaannya terasa bagi tunggangan santai. Berbeza ketika memecut.

Hendalbar yang terlalu besar/luas bukaannya memberikan ruang angin menerjah semaksimanya pada kedua lengan.

Situasi ini memaksa saya memegang hendal bar dengan kuat demi mengawal kestabilan. Modenas D400 yang dinaik taraf ini selesa dan selamat ditunggang pada kelajuan 140kmj.

Ternyata model D400 berjaya mengubah persepsi bakal pemilik mahupun mereka yang suka dengar cakap.

Enjin DOHC,Klac Assist dan Slipper.Cukup seronok merasakan lontaran kuasa enjin yang berbeza rentaknya.

Getaran kecil tetap terasa,namun bukan isu yang besar.Penambaikan dari model sebelumnya dapat saya rasakan. 

Pengunaan minyak/bahanapi. Isu ini sebenarnya melibatkan cara tunggangan. Ini dibuktikan pada sesi ujian ke Anuar Rusa Steak House,Felda Gedangsa.Destinasi tersohor bagi peminat daging rusa.

Jarak ke lokasi berkenaan 200km dua hala.D400 jelas menjimatkan dengan kadar kelajuan maksima 1400km/j. 

Berbaloi bagi sebuah jentera 400cc dengan harga mampu milik RM13,997 tanpa insurans dan cukai jalan.

Kesimpulannya tidak rugi memiliki Modenas  D400,malah bukan satu kesilapan membelinya mengikut kesesuaian pengunaan Anda. 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here