#Tips: Boleh jimat minyak kalau tutup aircond? Ini jawapannya

1860

Betul ke pasang aircond (pendingin hawa) akan meningkatkan penggunaan minyak petrol (bahan api)? Boleh jimat ke kalau tutup aircond dan buka tingkap? Berapa jauh beza penjimatan kalau tutup aircond?

Imej: Nissan-Global

Pertama sekali, aircond atau air-conditioner atau pendingin hawa mempunyai heat pump atau pam haba. Seperti namanya, ia akan pam haba dari tempat sejuk ke tempat panas. Secara semula jadi, haba akan bergerak dari tempat panas ke tempat sejuk.

Jadi konsep ini digunapakai tidak kira untuk rumah, peti sejuk, atau kereta.

Imej: Mechanical Booster

Untuk aircond kereta, terdapat empat komponen utama iaitu, compressor, condenser, expansion valve, dan evaporator.

Dari kesemua komponen ini, satu sahaja yang menggunakan tenaga iaitu compressor. Ia biasanya duduk berdekatan depan kereta dengan radiator supaya semasa kereta bergerak, udara akan menyejukkan gasnya (biasanya gas jenis R134A).

Mengisi semula gas R134A. Foto: Car From Japan

Baik, sistem penyejukan atau pendingin hawa jika di rumah atau peti sejuk sudah tentu menggunakan tenaga elektrik. Tetapi jika dalam kereta, tenaga dari mana? Ya, pasti ambil dari enjin, dan enjin mendapat sumber kuasa dari minyak (bahan api).

Secara mudah untuk menjawab persoalan kita hari ini, jawapannya ya, kereta akan guna minyak petrol lebih bila aircond dihidupkan.

Tetapi penggunaan minyak atau tenaga bergantung kepada tetapan aircond, dimana kita mengawal kelajuan kipas dan suhu. Semakin tinggi kelajuan kipas, semakin tinggi penggunaan tenaga. Dan jika kita mahu kabin lebih sejuk, maka compressor akan bekerja lebih lama maka meningkatlah penggunaan tenaga.

Baik, berapa jauh pula beza kalau kita tak hidupkan aircond? Banyak dapat jimat?

Sebenarnya sukar untuk tentukan kerana banyak faktor yang perlu diambil kira. Jenis kereta yang digunakan, lokasi kereta diparkir (bawah tempat teduh atau tengah panas), dan bila dikatakan aircond dipasang kuat itu adakah bermakna kipas laju atau tetapan suhu rendah.

Jadi sebenarnya sangat sukar untuk kita sebagai pengguna mengukur perkara ini. Jika ada perbezaan pun, mungkin terlalu kecil dan menjadikan kita tidak perasan.

Apa pun, sebagai tambahan, jika kita memandu dalam kelajuan tinggi seperti di lebuhraya contohnya, lebih baik kita biarkan aircond dipasang berbanding buka tingkap. Ini kerana jika kita buka tingkap terlalu besar, drag atau rintangan udara itu sebenarnya lebih memberikan kesan kepada penggunaan bahan api kereta.

Lebih baik biar pasang sahaja, duduk dalam pun selesa.

Mungkin satu tips boleh digunakan untuk menjimatkan penggunaan minyak ialah sentiasa memastikan suhu kabin rendah. Sebagai contoh, parkir di bawah tempat redup selagi boleh. Suhu kabin tinggi akan menyebabkan aircond bekerja lebih untuk menyejukkan kereta, seterusnya meningkatkan penggunaan bahan api.

Anda boleh tontoh video oleh Hasbullah Syarah di bawah kerana dia menerangkan dengan lebih lanjut termasuklah bagaimana setiap komponen aircond berfungsi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here