10 cara mudah untuk jimat minyak kereta

3260

Artikel berkenaan tips penjimatan minyak akan timbul di timeline anda sesekali, biasanya ketika topik harga minyak jadi perbualan hangat. Kami kongsikan pula video cara mudah untuk jimat minyak kereta yang boleh bantu anda dapatkan lebih kilometer dengan setiap tangki penuh.

Sebelum cara mudah untuk jimat minyak kereta dikongsi, video dimulakan dengan sedikit mukadimah tentang perkara yang buatkan bahan api itu begitu mahal, atau berharga sedemikian. Ia juga turut memberitahu bahawa ada jenis kenderaan tertentu yang lebih menjimatkan dan kurang menjimatkan.



Secara ringkas, berikut adalah 10 tips yang dikongsikan:

  1. Jangan terus tekan minyak sepenuhnya.

Untuk menjadi lebih efisyen, anda haruslah menekan pendikit minyak dengan lebih berkadar. Beri masa untuk kenderaan anda memecut dan fikir jauh ke depan untuk perancangan pergerakan yang akan dibuat.

  1. Gunakan cruise control di lebuhraya.

Jika kenderaan anda dilengkapi fungsi cruise control atau kawalan meluncur, manfaatkannya ketika di lebuhraya. Bukan sahaja anda tidak perlu sentiasa melihat meter kelajuan dan sentiasa melaras kaki kanan, cruise control yang menetapkan kelajuan juga menjimatkan bahan api. Ini kerana sistem elektronik ini lebih pandai dan konsisten mengawal kelajuan kenderaan anda.

Cruise control juga membantu anda sentiasa berada di bawah had kelajuan. Dan anda pasti terkejut betapa berbezanya penggunaan bahan api pada kelajuan 120 km/j dan 110 km/j.

  1. Servis kenderaan tepat pada masa

Enjin yang “sihat” akan berikan penjimatan yang “sihat”. Servis penyelenggaraan yang dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan bukan sahaja membantu menjaga enjin, malah enjin yang berada dalam keadaan baik mampu bekerja dengan cekap.

  1. Tutup pendingin hawa

Ya, Malaysia negara beriklim panas. Namun, adakah cuaca panas sepanjang masa? Untuk mendapatkan penjimatan bahan api yang baik, anda seharusnya gunakan pendingin hawa apabila perlu sahaja.

Mungkin anda boleh gunakan pada tahap tinggi ketika mula masuk kenderaan di cuaca panas, namun anda bolehlah laraskan ke kelajuan lebih rendah ketika sudah memandu beberapa ketika.

Secara purata, enjin bekerja 15 peratus lebih dari biasa apabila pendingin hawa digunakan.

  1. Pilih perjalanan lebih efisyen

Dalam bahasa lebih mudah, rancang perjalanan anda. Pilihlah jalan yang terbaik dari segi trafik, permukaan jalanraya, dan lokasi-lokasi hentian. Perancangan yang teliti dari semua aspek ini mampu berikan anda penjimatan bahan api yang ketara.

  1. Elakkan memandu semasa hujan

Apabila permukaan jalanraya basah, ia menambah rintangan terhadap golekan tayar, dan ini memberi kesan kepada penggunaan bahan api.

  1. Pantau tekanan tayar

Untuk prestasi pemanduan dan penjimatan optima, tekanan tayar haruslah berada pada tahap yang disarankan oleh pengeluar.

Tekanan terlalu tinggi akan mengurangkan cengkaman, tetapi tekanan terlalu rendah akan menambah rintangan dan mengurangkan kecekapan bahan api. Sebaiknya, periksa tekanan tayar kenderaan anda setiap dua minggu.

  1. Keluarkan barang yang tidak diperlukan

Lebih berat, maka lebih daya diperlukan untuk mula bergerak dan berhenti. Mudah sahaja. Oh ya, jangan pula keluarkan kit kecemasan seperti tayar ganti, alat menukar tayar dan segitiga kecemasan!

  1. Peka dengan harga bahan api

Dengan harga bahan api yang dikemaskini setiap minggu pada masa sekarang, pastikan anda manfaatkannya untuk dapatkan penjimatan sebaik mungkin.

  1. Sentiasa beri perhatian di jalanraya

Ini berkait rapat dengan point nombor 10 tadi. Beri perhatian dengan sebarang perubahan pada trafik, keadaan jalan raya atau apa-apa halangan. Ini bagi membolehkan anda membuat tidakan lebih awal dan lancar dan seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api.

Tonton video penuh di bawah:

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here