Marquez perlu berhati-hati di Sepang

1257

Walaupun disahkan boleh beraksi untuk pra-musim,namun Juara Dunia MotoGP musim 2018, Marc Marquez perlu mengelakkan diri dari sebarang insiden dan terlalu agresif di Sepang.

Setelah menghabiskan banyak masa untuk memulihkan bahunya selepas pembedahan, Marc Marquez berhati-hati memastikan dirinya tidak terlalu agresif dalam acara ujian MotoGP di Sepang.



Ini bagi mengelakkan penderitaan yang dialaminya dalam proses pemulihan daripada pembedahan bahu.

Pelumba berusia 25 tahun ini yang tidak disertai oleh rakan sepasukan baru Jorge Lorenzo di Malaysia untuk ujian tiga hari itu bermula pada hari Rabu, ini kerana Lorenzo baru menjalani pembedahan di pergelangan tangannya.

Marquez mengakui dia tidak pasti bagaimana bahunya akan memberi tindakbalas dalam sesi pra-musim.

Sewaktu sesi Meet & Greet dengan pemilik Honda di Malaysia yang diadakan di Sama-Sama Hotel,jelas terpancar semangat yang tinggi di wajah Marquez untuk mengulangi kejayaan yang sama seperti musim 2018.

Marc Marquez yang di temani oleh Taakaki Nakagami dan Cal Crutchlow dari Pasukan LCR Honda yang juga turut hadir bertemu pemilik Honda di Malaysia.

Turut hadir ialah staf dari Honda Big Wing P.Pinang,Honda Big Wing Setapak ,K.Lumpur serta Honda Big Wing P.J, Selangor.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here