Utama Berita Automotif Wanita mengamuk pecahkan cermin kereta

Wanita mengamuk pecahkan cermin kereta

5

Seorang wanita mengamuk sambil memegang sebilah pisau pemotong sayur dengan memecahkan cermin belakang sebuah kereta di Taman Kemuning, Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 10.30 malam daripada pengadu iaitu lelaki berusia 29 tahun yang juga pekerja kilang.

Katanya, ketika kejadian pengadu berada di sebuah gerai burger di Taman Kemuning sebelum tiba-tiba datang seorang wanita tidak dikenali berhampiran dengan Perodua Myvi miliknya dan bertindak memecahkan cermin belakang dan lampu belakang kereta itu.

“Kawasan itu terbuka dan bebas. Pengadu telah meletakkan kereta di bahu lorong jalan terbabit sementara menunggu membeli burger dan secara tiba-tiba suspek datang dan memecahkan cermin belakang dan lampu belakang kereta itu dengan menggunakan pisau pemotong sayur yang dipegang di kedua-dua belah tangan.

“Terdapat saksi awam yang berada di tempat kejadian melihat kejadian yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syamsul berkata, terdapat rakaman video melalui telefon milik orang awam berhubung kejadian yang tersebar di media sosial.

Beliau berkata, berikutan itu anggota Unit Polis Peronda (MPV) yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim tiba di lokasi kejadian dan menahan suspek wanita itu untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 33 tahun itu adalah seorang pesakit mental yang pernah menerima rawatan psikatrik di Hospital Kulim sejak tahun 2012 sehingga sekarang dan mempunyai kad pesakit mental.

“Kali terakhir suspek hadir mendapatkan rawatan pada Jun lalu dan suspek ditahan dan dibawa ke Hospital Kulim dengan bantuan pihak polis untuk rawatan.

“Hasil siasatan juga mendapati, suspek belum berkahwin dan pada mulanya dia tinggal bersama ibunya di Taman Angsana di sini, namun disebabkan tidak tahan dengan sikapnya, ibunya tinggal bersama anaknya yang lain di Butterworth, Pulau Pinang, “ katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here